Pages

Friday, April 29, 2011

IKLAN PERCUMA Untuk Blog ANDA

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera..


IKLAN PERCUMA Untuk Blog ANDA... Bukan aku yang nak buat IKLAN PERCUMA..


Traffik aku mana layak lagi nak buat iklan ni.. Budak ni yang nak buat IKLAN PERCUMA kat blog dia..


Sebelum aku nak panjang-panjangkan entri ni.. Tengok dulu Muka Budak ni.. Tak manis pulak panggil budak.. Nama panggilan dia Keyrull.. haha




Klik banner untuk join sekali..

Blogger terhebat masa kini.. Bukan saja blogger.. Dah jadi Artis dah.. Artis Blogger..


Aku tak nak cerita lebih-lebih pasal Pembabitan dia sebagai Artis.. Sebab aku nak menjawab soalan Keyrull ni..


Jawapan bagi soalan itu sangat penting untuk menempatkan blogger tu di ruang IKLAN blog dia..


Soalan dia Mudah ja.. Ni kata-katanya "Bagi tahu aku kenapa aku mesti pilih blog korang untuk diiklankan"


Jawapan dia pun mudah gak. (baca dengan nada yang serius).. hihi




  • Aku nak ramai kawan.


Dengan wujudnya banner aku di blog yang mempunyai traffik yang menggunung.. Kebarangkalian pengunjung untuk klik banner aku akan ADA.. dan secara automatik kemungkinan besar Orang yang singgah ke blog aku, boleh menjadi kawan aku..


Buktinya.. Aku sebenarnya kenal si Keyrull ni melalui banner yang diletakkan di blog darxniq..




  • Aku nak Traffik lebih..


Ternyata Traffik memang masuk ke blog melalui blog keyrull ni.. Dia ada pernah review blog aku pada 1 ketika dulu, namun sampai sekarang.. Traffik tetap ada dari blog nya.. Tu hanya di list blog yang di reviewnya.. Kalau la dia letak aku dalam senarai beloglist dia atau ruang Iklan dia.. Mesti lagi masuk traffik ni.. hihi


Buktinya.. Tengok la gambar kat bawah ni..





  • Boleh tambah Follower


Berdasarkan 2 isi aku yang atas tu, dalam masa yang sama.. Dengan secara langsung atau tak langsung, Blog aku akan bertambah Follower.. Memandangkan Follower aku tak seramai blog keyrull ni, maybe dengan cara iklan ini.. Aku akan dapat meningkatkan Follower aku.. Dengan ini, akan dapat menambahkan bilangan pembaca blog ini..


Buktinya.. berdasarkan Isi yang pertama.. hehehe..




  • Boleh Femes..


Memandangkan Keyrull ini femes, dah macam idola ramai wanita diluar sana.. Secara amnya, orang yang disampingnya juga akan terpopular walaupun sedikit ja. harap-harap faham apa yang aku cuba sampaikan.. Aku pun pening dah olah isi ni sebab aku belum popular.. ahahaha..




  • Promosi..


Pada asasnya, Ruang Iklan adalah medium yang paling mudah untuk mempromosikan sesuatu Iklan.. Dengan kedudukan strategi Ruang Iklan  tersebut, maka lagi tinggi lah Iklan itu mudah di lihat dan mendapat sambutan. Begitu juga dengan Ruang Iklan di blog keyrull, dengan ada banner di situ. Maka, banner tersebut akan mudah dilihat dan mudah mendapat kunjungan dari pelbagai orang di pelusuk dunia ini..


Buktinya memang sudah jelas terbukti.. hehehe..




  • Semangat.


Dapat meningkatkan semangat aku untuk berblog.. Bila pembaca aku semakin ramai, dan ramai pula yang duk komen kat ruang komen dan shoutbox aku. duk kata "menarik".. terus berkobar kobar semangat aku nak tulis lagi.. Jikalau, aku ditempatkan dalam ruang iklan itu,. dan semakin ramai pengunjung aku yang komen membina macam tu.. lagi bertambahlah semangat ini..




  • Bloglist ku..


Hehe.. Yang ini, saja nak tarik perhatian si keyrull.. Tak tahu la dia tahu ke tak lagi.. Sebenarnya, Blog Keyrull ni dah lama masuk dalam bloglist aku.. Aku suka pula cerita lawak dalam blog dia.. Entah kat mana dia korek cerita lawak tu.. hehe.. Ada yang merapu.. tapi enjoy.. hahaha


Blog Keyrull<<-->>http://www.kayif.com/


p/s: mau tidor.. huhu

Sunday, April 24, 2011

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Semua.

Entri kali ini aku nak kongsikan tentang seni payung..

Ingatkan payung ini hanya untuk berteduh dan melindungi diri dari hujan saja.. Ada lagi yang boleh dibuat dengan payung-payung ni.

Jom la tengok sama-sama..hehe

Abri N°177 by OzCollective


=======================================


Cumulus Light Canopy




=======================================


Umbrella Installation by Ingo Maurer:


=======================================


Bloom by S Spenser:


=======================================


Umbrella Art Installation in Greece:


=======================================


Umbrella Art Installation:


=======================================


Umbrella art installation at Island Six Studios:


=======================================


Umbrella Art Installation in Melbourne:


=======================================


"Rain" Umbrella Art Installation:


=======================================


Paper Umbrellas:


=======================================


Andy Wharhol-ish art exhibit:
=======================================


Collection of umbrellas between two buildings:


=======================================


Installations of umbrellas in a shopping center:


=======================================


Umbrellas and Fans:




=======================================


Story House Umbrella Art:


=======================================


Umbrella House:


=======================================


Art House at Night:


=======================================


Umbrella Art:


=======================================


Umbrella Art Project of Swiss Group:


=======================================


Installation at Socrates Sculpture Park, New York:



=======================================


Colorful Umbrella Landscape Art:




=======================================


 


p/s: nak p beli payung.. hehe


 


kredit to likepage

Reka Bentuk Kotak Rokok yang Menarik

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Semua.

Entri kali ini pendek saja.

hanya nak tunjukkan satu ja rekabentuk kotak rokok..

Reka bentuk ni macam satu sindiran pula untuk perokok.. Kalau jenis yang perokok tegar, rasanya tak bagi kesan langsung ni.. hehe

Kenapa aku katanya ianya sindiran.. Tengok la sendiri.. hehe


Bentuk Keranda tu.. hahaha..


Harap paham la maksud yang hendak disampaikan.. hehe

Friday, April 22, 2011

Lighter Spy Camera kini dijual di Malaysia

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Semua.

Mungkin ada antara kita sudah tahu mengenai Pemetik api berkamera ini kerana ianya telah lama wujud.

Bagi yang tidak tahu lagi, aku cerita serba sedikit tentang Lighter yang unik ini..

Rujuk gambar di bawah..



[learn_more] [/learn_more]

 

 

Walaupun ia berbentuk pemetik api, namun ia tidak dapat menghasilkan api.. Ia khas untuk rakaman..

Sekarang ini ia sudah dijual di Malaysia, dan Harganya juga berbeza.. Ada yang mahal dan ada yang murah.

Mungkin yang mahal itu, lebih berkualiti lagi dari yang murah.

Kalau rasa berminat untuk membelinya.. Boleh rujuk link di bawah.. mana tau nak jadi spy. hehe

Rujuk link diatas untuk lebih maklumat lanjut..

Dekat youtube pun ada banyak tentang ini.. Jelas juga kameranya. hehe

p/s: niat hati nak tunjuk gambar ja. terjumpa pula tentang jualan di Malaysia. terus tukar plan.. dah macam agen penjual pulak. hehe

Syaitan Membantu ke Masjid

Seorang pemuda bangun pagi2 buta utk sholat subuh di Masjid.  Dia berpakaian, berwudhu dan berjalan menuju masjid.  Di tengah jalan menuju masjid, pemuda tersebut jatuh dan pakaiannya kotor.

 

Dia bangkit, membersihkan bajunya, dan pulang kembali ke rumah. Di rumah, dia berganti baju, berwudhu, dan, LAGI, berjalan menuju masjid .

 

Dlm perjalanan kembali ke masjid , dia jatuh lagi di tempat yg sama! Dia, sekali lagi, bangkit, membersihkan dirinya dan kembali ke rumah. Di rumah, dia, sekali lagi, berganti baju, berwudhu dan berjalan menuju masjid .

 

Di tengah jalan menuju masjid , dia bertemu seorang lelaki yg memegang lampu.

 

Dia menanyakan identiti lelaki tersebut, dan menjawab "Saya melihat anda jatuh 2 kali di perjalanan menuju masjid, jadi saya bawakan lampu untuk menerangi jalan anda..'

 

Pemuda pertama mengucapkan terima kasih dan mereka berdua berjalan ke masjid .

 

Saat sampai di masjid , pemuda pertama bertanya kepada lelaki yang membawa lampu untuk masuk dan sholat subuh bersamanya, lelaki itu menolak, pemuda itu mengajak lagi hingga berkali2 dan, lagi, jawapannya sama.

 

Pemuda bertanya, kenapa menolak untuk masuk dan sholat.

 

lelaki itu menjawab

 

"Aku adalah IBLIS (setan)"

 

 

Pemuda itu terkejut dgn jawapan lelaki itu.

 

Setan kemudian menjelaskan, 'Saya melihat kamu berjalan ke masjid , dan sayalah yg membuat kamu terjatuh. Ketika kamu pulang ke rumah, membersihkan badan dan kembali ke masjid,Allah memaafkan semua dosa2mu.

 

Saya membuatmu jatuh kedua kalinya, dan bahkan itupun tidak membuatmu merubah fikiran untuk tinggal di rumah, kamu tetap memutuskan kembali masjid .

 

Karana hal itu, Allah memaafkan dosa2 seluruh anggota keluargamu.

 

Saya KHAWATIR jika saya membuat kamu jatuh utk kali ketiga, jangan2 Allah akan memaafkan dosa2 seluruh penduduk desamu, jadi saya harus memastikan bahwa anda sampai dimasjid dgn selamat....'

 

 

Moral:Jangan biarkan Setan mendapatkan keuntungan dari setiap aksinya.  Jangan melepaskan sebuah niat baik yg hendak kamu lakukan karena kamu tidak pernah tahu ganjaran yg akan kamu dapat dari segala kesulitan yg kamu temui dalam usahamu utk melaksanakan niat baik tersebut .

sumber semuanya di baihaqi.net

Thursday, April 21, 2011

6 Website Untuk Membuat Polling Survey Widget [Free]

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Semua.

Sebelum ini aku ada kongsikan tentang website  smile emoticons yang menjadi pilihan aku.

Sekarang ini, aku hendak kongsikan 6 Website polling survey yang boleh digunakan untuk blog kita. Dan ianya adalah percuma.. hehe

Polling survey widget ini penting bagi sesetengah blogger terutamanya yang menjalankan perniagaan.

Ia juga penting untuk membuat kajian berdasarkan undian orang ramai.

Polling survey ini digunakan sebagai tindak balas pelawat blog kita terhadap apa yang hendak kita sampaikan.

Bagi pengguna blogspot, polling widget  sudah disediakan, tetapi ianya hanya boleh diletakkan di bahagian sidebar dan tidak dapat dapat diletakkan dalam bahagian entri. Jadi, website yang aku nyatakan dibawah merupakan widget yang dapat diletakkan didalam entri kita dan juga sidebar kita.  Blogspot boleh, wordpress juga boleh. hanya dengan copy paste code yang diberikan..

Contohnya seperti di bawah ini..






























adakah anda suka wanita seksi?
Ya, sudah tentu
Tidak sama sekali..
Kalau comel, suka la.
No komen
pollcode.com free polls

Ok, tanpa melengahkan masa.. hehe.. Aku kongsikan 6 Website tersebut..
1. http://pollcode.com/
2. http://www.proprofs.com/
3. http://www.createfreepolls.com/
4. http://www.snappoll.com/
5. http://modpoll.com/create/
6. http://www.micropoll.com/
Diharap ianya dapat membantu.. hehe

Tuesday, April 19, 2011

Air Terjun Emas

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Semua.

Bila sebut tentang air terjun, pasti ianya hanya perkara biasa bagi kita semua.

Tapi bila sebut tentang 'Air Terjun Emas'.. Pasti ianya luar biasa.. Jarang antara kita yang tidak tahu lagi mengenai kewujudan air terjun emas ini kan..


Ok la, aku cerita serba sedikit.. Air terjun itu terdapat di pegunungan Sierra Nevada, sebelah barat Danau Tahoe, memiliki ketinggian 2.000 kaki atau sekitar 600 meter. Ianya boleh dilihat di Horsetail Falls di Yosemite National Park, California. "Air terjun emas" pada dasarnya merupakan air terjun, tetapi unik kerana mendapatkan ekspos sinar matahari senja sehingga berkilauan kuning keemasan.


Peristiwa ini  cuma beberapa hari dalam setahun, biasanya di bulan Februari, sinar matahari akan menyorot air terjun, menciptakan cahaya oren bak api yang memukau.


Fenomena air terjun emas paling tepat dapat disaksikan pukul 17.30 waktu tempatan.Ketika itu, cahaya matahari senja tepat menyinari batuan di sekitar air terjun. Di situlah keajaiban alam terjadi dan ilusi alam tercipta.


Namun, hal tersebut susah disaksikan sebab memang merupakan salah satu fenomena alam yang paling jarang dapat dilihat.


Josh Anon,penduduk San Fransisco, berhasil mengabadikan fenomena "air terjun emas" itu. "Jika jumlah air cukup dan langit cukup cerah untuk mendapat cahaya matahari senja, matahari akan ada pada sudut yang tepat untuk menyinari air dan membuatnya bersinar seperti emas," katanya.


Dia mengatakan, susah untuk mendapat peluang menyaksikannya. "Ketika matahari mulai tenggelam, air bersinar sedikit dan berwarna kuning. Kemudian, secara tiba-tiba air bersinar dan tampak seperti lava," kata Josh Anon.


Yosemite National Park yang merentangi sepanjang 3000 kilometer menarik 3,5 juta pelancong tiap tahunnya.Air terjun emas adalah salah satu pesonanya.Air terjun emas boleh dicapai dengan mendaki ke arah utara Twin Bridge melalui rute 50 di Amerika.


 

kredit to social cute

Monday, April 18, 2011

3 Website Smile Emoticons yang Terbaik

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Semua.

Pasti ramai yang dah tahu tentang penggunaan smile emoticons ni kan..

Selalunya ia digunakan ketika berforum, tetapi ada juga antara kita yang menggunakannya di dalam blog.

Nampak meriah sikit kan.. hehe..

Contohnya macam ini..



Di sini aku nak kongsikan 3 website yang menjadi pilihan aku.

  1. cute-factor

  2. myspace.laymark

  3. photobucket


Antara 3 website diatas, cute-factor yang paling bagus.. Senang dan menarik.. hehe

p/s: pendek pula entri aku ni.. huhu

Friday, April 15, 2011

Aku Main Webcam Game Mania [Free]

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Semua.

Di pagi yang indah ini, aku telah terjumpa 1 game webcam yang agak best..

Percuma dan tiada pendaftaran.. Boleh main terus.. yang pasti kena ada webcam la kalau nak main.. hehe

Nama game tu 'Webcam Mania GamePack 2'..

Boleh juga aku bersenam pagi pagi ni..  Aku main 4 Game ja dari 14 game..

Kalau nak main juga.. Boleh la melayari laman INI

Video tutorial pun ada sekali dalam tu.. Ikut ja step by step.. kalau nak main terus tekan  Start Webcam Mania GamePack 2 by clicking here.

Ni antara 4 game yang aku main tu.

1.WipeOff



  • Ni game awal aku main, kerja aku lap ja.. tapi aku cerdik.. hehe.. duduk dekat laptop.. Senang ja nak lap.. hehe.


2.Bubbles



  • Yang ni susah sikit.. kena pilih bola hijau ja, Kalau tersentuh bola merah.. Potong markah..  Asyik tersentuh ja, sebab aku duk dekat.. huhu.. kurang cerdik sikit.. hehe


3.Snowball



  • Yang ni pun best.. Aku ingatkan kena bagi bola masuk dalam bangunan@kota tu.. rupanya aku silap, kena halang bola tu jangan bagi sentuh bangunan@kota tu..  Kalut sangat nak main sampai tak baca arahan.. hehe


4.Moonson



  • Yang ni membuatkan aku penat sikit, Kena tangkap bola hijau ja.. Bola merah kena elak daripada terkena aku.. Mula-mula tu slow ja jatuh, lama-lama makin laju.. Penat nak elak.. dah la, jarak aku dengan laptop dekat ja.. Dah macam penjaga gol, terbang kiri, terbang kanan.. huhu


Gambar diatas tu bukan gambar aku.. Aku terlupa nak snap gambar masa main tu sebab terlalu fokus duk main.. Jadi, aku ambil gambar dekat web tu je la.. hehe..

p/s: Lenguh tangan duk main..  Masuk SINI kalau nak main..