Pages

Tuesday, May 31, 2011

[Pic] Koleksi Kotak Rokok Facebook

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Semua.


Hanya mahu berkongsi tentang koleksi kotak rokok berjenama facebook.


Sebelum ini, aku ada kongsikan tentang kotak rokok berbentuk keranda.. Tiba-tiba terjumpa pula kotak rokok jenama facebook ini. Sebenarnya, memang banyak rekabentuk kotak rokok yang lain dari biasa ini.. Jadi, aku memilih untuk kongsikan kotak rokok facebook ini..


Bagi aku, kotak rokok itu sebenarnya melambangkan tabiat kita semasa bermain facebook ini.. Dan disebabkan itu, ada pihak mengeluarkan kotak rokok facebook ini sebagai lambang ketagihan kita bermain facebook ini.. Kan ramai perokok tegar yang susah untuk meninggalkan rokok setelah ketagih, dan begitulah yang berlaku seperti di facebook.. Rekabentuk yang bakal aku tunjukkan ini mungkin semuanya palsu belaka.. ia mungkin semata mata untuk menunjukkan sebab yang aku nyatakan sebelum ini iaitu ketagihan facebook sama seperti ketagihan rokok..


Banyak betul aku merepek, padahal aku hanya nak tunjuk gambar kotak rokok itu sahaja..


Jom lihat bersama-sama..



sumber gambar: according2g.com


===========================================


sumber gambar: printmypack.com


===========================================


sumber gambar: thefatherlife.com


===========================================



sumber gambar: smokersnews.net


===========================================


sedikit tambahan,..


kalau tengok pada gambar yang kedua terakhir itu (Stefan Kostic).. Perhatikan betul-betul di bahagian belakang kotak rokok itu.. ia ada tertulis 'sign up and die'.. jadi, ini jelas menunjukkan bahawa memang ada pihak yang samakan rokok dengan facebook ini..  rujuk http://walyou.com/facebook-cigarettes/ ini..


p/s: apa pun tak boleh.. haha

Friday, May 27, 2011

Perpustakaan Paling Canggih dan Mewah di dunia

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Semua.


Perpustakaan yang di beri nama Joe and Rika Mansueto merupakan perpustakaan yang terdapat di University of Chicago. Perpustakaan ini bagi aku merupakan perpustakaan yang paling mewah bagi aku jika dibandingkan dengan perpustakaan yang terdapat di Dunia ini.



Perpustakaan yang dibina seluas 8000 kaki persegi bukan saja seperti perpustakaan biasa. Apabila anda memasuki perpustakaan tersebut pasti anda tertanya tanya 'dimanakah bukunya?'.. Buku-buku tersebut di simpan di ruangan bawah tanah yang mempunyai keluasan dan kedalaman yang amat luas dan dalam. Ruang simpanan buku tersebut disimpan dalam rak logam dan ianya tersusun secara rapi dan teratur.



Rak penyimpanan terdapat 5 tingkat dan ianya dalam lingkungan ketinggian 50 meter. Setiap rak boleh memuatkan sehingga 100 buah buku. Dan jumlah keseluruhan buku yang dapat disimpan adalah sebanyak 3.5 juta. Terdapat lebih kurang 35 ribu judul buku di perpustakaan ini. Rak yang direka khas itu juga lebih dapat menampung lebih banyak bilangan buku jika dibandingkan dengan rak yan lain iaitu 7 kali ganda lebih banyak.



Proses pinjaman boleh dibuat secara online.  Bagi proses pinjaman dan penyimpanan,teknologi robot digunakan iaitu menggunakan sistem barcode. Jadi ianya akan lebih bersistematik dan cepat. Dimana, proses pinjaman adalah dalam masa hanya 5 minit sahaja.



Kos yang digunakan dalam pembinaan perpustakaan ini adalah sebanyak $81 juta. Dan kos tersebut juga ditanggung oleh Joe-Moningstar dan Rica-Mansueto iaitu lebih kurang $25juta. Jadi untuk mengenangkan jasa mereka, Nama Perpustakaan tersebut diberi nama Joe and Rica Mansueto Library.


httpv://www.youtube.com/watch?v=ESCxYchCaWI&feature=player_embedded#at=16


Ianya baru sahaja dibuka pada 16 Mei 2011 yang lalu.


p/s: mewahnya universiti Chicago..


sumber maklumat Universiti of Chicago

Hotel Kapal Terbang yang unik

Assalamulaikum dan Selamat Sejahtera Semua..


Hotel ini yang bakal aku tunjukkan pada semua adalah merupakan sebuah hotel yang menggunakan konsep kapal terbang.. Ianya terletak di Quepos, Costa Rica. Hotel yang diberi nama Hotel Costa Verde ini mempunyai 2 ruang tidur. Direka berdasarkan kapal terbang boeing 727, model tahun 1965.. Kedudukan hotel ini juga strategik kerana terletak berhadapan tepi pantai atau lautan pasifik. Harga semalam untuk hotel ini mengikut musim, lebih mahal di musim cuti. Purata harga sewanya adalah lebih kurang 400 us dollar semalam...


Sekarang ini, jom lihat gambar-gambarnya pula..








p/s: jauh la pula.. huhu


sumber: sumber bergambar dan sumber berdasarkan video

Sunday, May 22, 2011

Kereta Kayu Buatan Jepun yang menarik

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Semua..

Sekarang ni, manusia semakin berlumba lumba nak buat sesuatu yang lain dari yang lain..

Contohnya macam motor ala ala transformer tu.. Semakin hebat manusia ni mencipta..

Berbalik kepada tajuk entri aku, kereta kayu buatan Jepun itu bukannya untuk pameran tetapi memang digunakan pakai dijalan raya..

Kereta ini diberi nama Maniwa..

Had laju kereta ini adalah 80km/jam..



Kereta ini mempunyai handbrake.. tetapi sterengnya adalah dari Motor.. bukan stereng kereta. jadi ada 3 tayar (1 tayar di depan dan 2 tayar di belakang)

Mempunyai stereo set.. boleh la layan muzik bila bawa kereta ini..



Mempunyai 1 tempat duduk dibahagian depan (khas untuk pemandu). dan 2 tempat duduk di belakang (untuk penumpang)..



Mempunyai rekaan yang unik terutamanya dibahagian pintunya kerana dapat dibuka seperti kereta lamborghini..



Tetapi yang buat tak best nya.. tiada bumbung kereta.. huhu

Kereta ini dijual dengan harga 40 ribu dolar sebuah.. kalau rasa mampu, beli la.. haha

p/s: tak berminat aku.. haha

sumber maklumat toniardi

Saturday, May 21, 2011

Jom lihat Muka kita 20 tahun akan datang

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Semua.

Di sini aku nak kongsikan 1 ja website yang membolehkan kita melihat muka kita untuk 20 tahun akan datang..

Caranya sangat mudah..

Pertama..

masuk web ini http://www.in20years.com/

Kedua.

Bila dah masuk web tersebut, sila tick kan di tempat yang betul..

Contohnya seperti di atas..




  • Kalau lelaki, pilih male.. perempuan, pilih female.

  • Kalau umur atas 30 tahun, pilih +30 years, bawah pada tu, pilih je la + 20 years

  • Kalau anda merupakan penagih dadah (drug addict), pilih yes, kalau tak, pilih No..


Ketiga..


  • Masukkan gambar anda di UPLOAD YOUR PHOTO..

  • Setelah selesai memilih gambar muka anda..

  • Tunggu sebentar.. kerana website tersebut sedang loading/convert muka anda tersebut..


Setelah siap loading..

Ia akan keluar gambar dalam bentuk frame.. Macam kat bawah ni..

Gambar asal, adalah yang kecik tu.. Yang 20 tahun akan datang.. Yang besar tu..

Anda boleh simpan gambar tersebut iaitu Save image..

p/s: bukan gambar aku..

sekadar suka-suka.. hehehe

Friday, May 20, 2011

Letak Video youtube gunakan Smart Youtube di Wordpress

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Semua.


Bagi pengguna Wordpress, kebanyakkan blogger akan embed code video dari youtube..


Di sini aku nak kongsikan 1 plugin khas untuk letak video dari youtube, hanya copy paste link youtube saja.. dan sedikit penambahan untuk link youtube tu, contohnya "http://" perlu ditukar menjadi "httpv://".


Aku pun tak nak cerita lebih-lebih, kalau nak cuba pakai plugin ni..


Cari plugin 'Smart Youtube'..


Dan install macam biasa.. harap semua faham kaedah nak tambah plugin baru..



gambaran di setting smart youtube

Untuk memudahkan, disini ada video tutorialnya..


httpv://www.youtube.com/watch?v=PWe3p2eNvEo


Diharap membantu.. hehe.. kalau ada plugin yang lebih baik, kongsi2 la..


p/s: aku tak reti nak masukkan video dari PC.. grrrr..

Thursday, May 19, 2011

Bila Boring, Aku Bermain Babi dan Burung

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Semua..


Bila dah bosan dan tension.. Mula la aku cari benda yang dapat hilangkan boring aku dan tenangkan jiwa kacau aku ni..


Nak selesaikan masalah ni..sembang dengan kawan kat facebook... tapi bila dah larut malam.. dah makin pagi..


Ramai dah tidor.. keboringan aku bertambah kembali.. Jenis burung hantu, memang susah nak tido awal.. grrrrr..


Jadi Aku cari la permainan untuk hilangkan boring.. Dulu, suka main game kat facebook.. Mafia Wars, Poker dengan Bola.. paling kerap poker la.. haha.. lama-lama main, aku dah bosan..


Jadi cari game lain pula.. duk main game QWOP, dah asyik menang walaupun lambat.. jadi boring balik..


main game Webcam pulak. game ni memang syok main.. tapi bila dah malam-malam.. nak main tak boleh, lampu tutup.. tak dapat la main..


Cari punya cari, aku jumpa game lastik babi pulak.. aku dapat tau dari blog ni.. hahaha..


Nama game ni Angry Bird..


Jadi aku duk main game ni la sekarang.. hahaha..


Tu ja nak kasi tau..


Main punya main.. dah makin susah..


Babi pun banyak mati.. burung aku pun banyak mengorbankan diri untuk mati..


baru level 19.. bila nak abih ni.. huhu



Kalau nak main,..


Yang pakai google chrome.. boleh install aplikasi dia dekat SINI.


Untuk semua browser, boleh main dekat SINI


Kalau nak install ke dalam PC.. sila la ke blog ini.. ada cara nak install dia..


p/s: jom bunuh babi.. hahaha

Typo boleh Meningkatkan traffik blog anda

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Semua.


Entri kali ini hanya lah tips untuk meningkat traffik dengan mudah dan bergaya..


Ada baik buruknya dalam menggunakan tips ini.. Yang baiknya, traffik akan naik dengan jayanya..


Yang buruknya, akan kena hentam dengan blogger lain atau si anon..


Jadi, fikir dulu sebelum mahu melakukan tips ini..


TYPO?? apa itu typo... yang dah paham.. bagus.. yang tak paham..


Ini maksudnya (pendek je)... Typo adalah satu perbuatan salah taip.. Contohnya, baju jadi bauj..


Kenapa terjadinya typo ini.. nak cepat la selalunya.. atau memang seseorang tu tak reti nak eja dengan betul.. hehe


Kenapa aku katanya boleh meningkatkan traffik??


Jika kita melakukan kesalahan, mesti ada yang nak tegur.. dan macam-macam la cara teguran.. teguran yang membina dan teguran untuk mengaibkan blogger yang tertypo tu..


Contohnya..


Tajuk entri yang typo : Design terbaru kereta ferarrri


Tajuk yang betul : Design terbaru kereta ferrari


berdasarkan tajuk di atas tu.. akan timbul banyak persoalan..




  • Mungkin kata ianya ejaan yang betul..

  • Mungkin tahu ianya silap eja

  • Mungkin kata ianya benda baru..


Jadi, para pelawat akan tertarik untuk ke blog orang yang salah taip tajuk tu.. Untuk




  • Mendapat kepastian tentang entri tu.. betul ke tidak ni?..

  • Kritik sebab blogger tu salah eja.. "Ferrari la wei, bukannya ferarrri, hampeh punya blogger"..

  • bantu memperbetulkan keadaan.. "salah eja tu, btw thanks atas info ini"


Kalau anda tak percaya.. try la lakukannya.. tengok apa yang jadi.. hehehe


Nak buktinya.. entri aku yang sebelum ini yang pasal nuffnang [Pendapatan Nuffnang yang terkumpul dah RM1165] itu pun boleh digolongkan sebagai tertypo jugak kan..


entri tu sudah aku betulkan..sorry semua.. huhu


Tengok la hasilnya.. hehehe.. boleh la kan..


Rasa nak upkan traffik.. typo lah selalu.. hahaha


Sebelum tu, aku mintak maaf pada semua kerana kesilapan kecil ini.. Selamat tiada yang hentam kaw-kaw..


Jadi berfikir lah sebelum membuat keputusan, bak kata sifu aku, Penulis harian metro umpama penulis blog gila traffik tu.. memang aku sokong.. hehe


p/s: so, pilihan di tangan anda.. apa masalah,sendiri tanggung.. hahaha


Wednesday, May 18, 2011

Tutorial untuk menyelesaikan Permainan Rubik Cube

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Semua.

Rubik cube atau dalam bahasa melayunya kiub rubik merupakan sejenis permainan teka teki mekanik..

Tengok pada gambar tu, rasanya semua dah tahu cari nak mainnya.. pulas pulas, pusing pusing bagi setiap permukaan dia sama warna..

Bagi yang tak berapa pandai main benda ni, ada tutorialnya untuk belajar secara slow slow.. hehe..

Bukan tutorial aku nak bagi.. aku setakat 3 permukaan ja boleh settle sekarang ini.. kalau dulu, boleh semua.. Lama tak main, sampai tak ingat step dia.. ni nak kena belajar balik..

Bagi aku, Rubik Cube yang ada gambar kartun lagi senang.. susah aku nak jelaskan.. kang panjang sangat entri ni..

Aku hanya sekadar untuk berkongsi tutorial untuk selesaikan masalah ini.. (aku pun duk tengah praktis ni)..

Ada 3 tutorial semuanya..

Tutorial pertama..




yang pertama ni, ada softwarenya.. just download dan installkannya..

How To Solve A Rubik's Cube 2.0 <--klik situ untuk download..

Dah download dan install, boleh la pelajarinya.. ada 7 step.. Boleh belajar tanpa perlu beronline.. hehe

Tutorial kedua..




Yang ini pun seperti tutorial pertama.. ada software gak..

Cube 1.42-Simple Rubik Cube Solver <--Klik situ untuk download

bila masuk link download yang aku bagi kat atas tu.. klik gambar (gambar mcm diatas ni) yang di sidebar sebelah kiri tu untuk download software ini..

Yang ini berbeza dengan yang pertama, untuk yang ini.. dia akan suruh kita twist dulu.. pastu baru dia bagi step by step untuk selesaikannya..

Tutorial ketiga..

Yang ketiga dan terakhir ini, aku baru jumpa..

Tutorial juga.. tapi entah, aku tak faham..

Dia bentangkan rubik cube tu. entah betul ke tak aku gunakan perkataan 'bentang' tu.. grrrr

Tengok la kat http://wrongway.org/cube/solve.html

mana tahu, kot ada orang yang lebih faham yang ini berbanding tutorial 1 dan 2 tu..

Jadi aku letakkan sekali.. hehe.. (mulanya tak nak letak).. hehe

harap membantu.. hehe..

p/s: bila makin besar, makin pening nak settle permainan ni..

 

Tuesday, May 17, 2011

Pendapatan Nuffnang yang Terkumpul dah RM11.65

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera..


Dah lama tak buka akaun nuffnang ni.. Terkejut aku, dah naik dah pendapatan aku.. hahaha


Pendapatan Nuffnang yang aku kumpulkan tu setelah berbulan bulan aku memasang iklan nuffnang ni..


Cara tingkatkan pendapatan nuffnang ni.. Dah macam-macam tips orang bagi.. Antaranya..




  • Letak iklan di tempat yang betul..

  • Sentiasa update blogger bio kat akaun nuffnang

  • Hantar tiket kat nuffnang

  • Buat entri pasal nuffnang, kasi bodek sikit.

  • Jangan curang dengan nuffnang..

  • Dan macam-macam lagi.. hehe


Hanya amalkan.. kalau dapat (BE), untung besar.. tak dapat, lambat la naik pendapatan tu..


[learn_more caption="Ni gambar dari akaun nuffnang aku"][/learn_more]


Hanya RM11.65!!!!.. hehehe..


Dulu ada la RM 5 lebih.. entah bila naik aku tak tahu.. dah jadi banyak macam tu..


Aku baru fikir nak pakai adverlets, tiba-tiba nuff punya income naik pulak.. grrrrr.. macam tau-tau ja aku tinggalkan dia..


Alang-alang nak pasang iklan kat iklan, biar ada hasil..


p/s: pening2..


SORRY Semua.. tertinggal titik pulak.. Dah edit dah.. hahaha

Senarai Video yang jarang ditonton di youtube

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Semua.

Selalunya orang akan lebih berminat untuk menonton video yang selalu ditonton (most view) di youtube..

Kali ni, aku nak tunjukkan video yang jarang ditonton ditonton pula.. Kiranya kurang sambutan atau video tu tiada benda yang best untuk ditonton atau kalau orang search, memang susah la nak jumpa video-video ini..

Asyik-asyik tengok yang best ja.. apa kata tengok yang tak best pula.. hahahaha..

Video-video ini disimpan oleh sebuah website yang diberi nama "0 views"..


Website ini meletakkan video dari youtube yang tidak mendapat sebarang view sejak dipostkan di youtube..


Tapi tak la lama sangat video itu tidak mendapat sebarang view.. ada la dalam 2 hari..


Kemungkinan juga video-video tersebut mendapat view berdasarkan website ini.. bila orang masuk website ini, jadi orang akan lihat video-video tersebut.. dengan itu, bertambah la bilangan orang yang menontonnya (view).


Kalau tiada website ini, entah lagi lama video itu duk '0 view'..


Untuk lihat video-video tersebut.. Sila ke http://zeroviews.biz/


Bandingkan tarikh video yang dinyatakan di website 0 view dengan tarikh upload video tersebut di youtube.. baru dapat tahu berapa lama video itu tidak mendapat sebarang tontonan..


p/s: tengok la.. kot ada video kawan-kawan anda atau anda di sana.. hahaha

Thursday, May 12, 2011

Bola Sepak+Bola Keranjang+Bola Baling=Kronum

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Semua..

Mesti ada yang belum tahu tentang permainan kronum ini.. aku pun baru tahu dalam minggu ini.. hehe

Permainan kronum ini memang lain dari yang lain..

Permainan ini dah lama wujud, tahun 2008 lagi dan hanya popular di USA.. Dah ada liganya..

Kronum ini mengabungkan 3 sukan menjadi 1 iaitu Bola Sepak, Bola Keranjang dan Bola Baling.

Padang untuk permainan ini berbentuk bulat..

Dimainkan selama 60 minit.. dan dipecahkan kepada 3 pasa. setiap pasa 20 minit..

Ada 4 Gawang gol..  10 pemain bagi setiap pasukan..

4 Gawang bukan bermakna 4 pasukan, hanya 2 pasukan.. kiranya penjaga gol 2 orang bagi setiap pasukan..

Pemenang ditentukan berdasarkan kiraan mata (point)..



Kalau jaringan yang dibuat masuk ke dalam bulatan tu (macam bola keranjang), mata akan dapat double.

Mata yang diperolehi juga berbeza mengikut jarak pemain membuat jaringan..



  • Goal Zone = 1 mata

  • Wedge Zone = 2 mata

  • Flex Zone = 3 mata

  • Cross Zone = 4 mata


Jadi, kalau pemain membuat jaringan masuk ikut lubang yang ada kat gawang tu di flex zone maka matanya akan jadi 6..

Kalau di cross zone pula, jadi la 8 mata dan jaringan tersebut disebut KRONUM..

Purata mata bagi setiap permainan adalah 60 mata hingga 120 mata.

Untuk lebih faham boleh tengok video nya

httpv://www.youtube.com/watch?v=etm54u7MA3A&feature=player_embedded


sumber dari wiki juga membantu.. hehe

p/s: nak buh goal ikut pakai tangan boleh, kaki pun boleh.. haha

Semakin Lucah bila Menjadi Nurse?

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Semua.


Jururawat atau Nurse merupakan seorang pekerja yang bertanggungjawab untuk menjaga pesakit di hospital mahupun klinik. Sebelum bergelar seorang jururawat, mereka perlu menghadiri kelas yang mengajar mereka untuk menjadi seorang nurse.



Ok, rasanya dah cukup maksud nurse tu. Semua dah tahu kan, tak payah la aku memanjangkan cerita aku untuk menghuraikan maksud nurse dengan lebih mendalam.


Berbalik kepada tajuk entri aku 'Semakin Lucah bila Menjadi Nurse?'. Ada tanda soal tu, Jadi ianya masih persoalan tentang entri aku ni.


Ok lah, sebenarnya aku nak share dengan anda semua tentang pengalaman kawan-kawan aku yang telah bergelar nurse. Bukan pengalaman aku.. Kawan-kawan aku yang bergelar nurse tu, perempuan.Jadi, di sini aku nak cerita seorang kawan ja. Sebab aku rapat dengan dia masa sekolah dulu.


Tapi, dia lagi cepat meninggalkan sekolah tu dan juga aku. hehe. Sebabnya, dia nak jadi nurse. Dipendekkan cerita, dia pun dah berada di Kolej Kejurawatan Ipoh, Perak.


Aku pun terputus hubungan dengan dia, masa tu mana ada pakai-pakai anset ni. Orang Kampung la katakan. Dipendekkan cerita lagi, aku dah ada anset.. So, cari la nombor anset dia dari kawan-kawan aku yang lain.. Alhamdulillah dapat nombor tu..


Jadi, sembang-sembang la kami.. Tapi, dia telah banyak berubah.. Hahahaha. Terkejut betul aku, dia dah tak malu.. Slumber ja kalau cerita bab tu.. Aku pula nak segan.. kacau sungguh.. haha..


Opps, cerita yang dia cerita tu, semuanya berkaitan dengan kerjanya untuk menjadi nurse. Bukannya dia cerita, dia jenis main dengan orang.. jangan salah faham k.. Cerita jaga orang sakit.. Yang sakit sebab kemalangan, sakit tua, dan sebagainya.. Jadi dia kena jaga dari segi makan, minum, dan juga mandi..


Dia kata semua dia biasa tengok (paham-paham la tengok apa). Yang Tua, Yang Muda, Yang galak, yang malu-malu kucing, dan yang macam-macam lagi. Dia pun mengaku, "masa awal-awal tu memang agak malu dan geli la. Lama-lama dah ok la". Biasa la tu bagi seorang nurse kan.. semuanya untuk pengalaman dan pembelajaran mereka juga..


Jadi, 'Semakin Lucah bila Menjadi Nurse?'..Bagi aku, ada la sikit.. haha..Tapi, kalau bila difikirkan sedalam dalamnya, rasanya tak perlulah kata ianya Lucah.. Sebab ianya tugas yang amat murni.


Kepada Semua Nurse, Anda semua memang terbaik. Tanpa anda, merana orang kat hospital tak dak orang jaga.. hehe..


Sekian.


p/s: SELAMAT HARI JURURAWAT kepada semua NURSE..


sumber gambar SINI

Tuesday, May 10, 2011

Gambar Anak Landak Yang Comel

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Semua.

Selalu tengok gambar bapak dengan ibu ibu landak ja..

Kali ni, jom kita layan tengok gambar anak landak pulak. hehehe..






p/s: comel tak? hehe


 


sumber gambar Alligator

Saturday, May 7, 2011

[Vid] Imbangan yang Menarik dari Madir Eugster

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Semua.

Madir Eugster atau Maedir Eugster adalah seorang penari, akrobatik, pengimbang dan sering mempersembahkan persembahan tentang keseimbangan.


Maedir Eugster merupakan orang Switzerland..

Aku bagi 2 la videonya.. sebab 2 ni yang paling best bagi aku..

Video 1 tentang susun susun kayu..

httpv://www.youtube.com/watch?v=5NZiQOAd72c&feature=player_embedded

Video 2 tentang gasing..

httpv://www.youtube.com/watch?v=IvS1e8Rt86Y&feature

bagi aku, memang sangat susah dilakukan.. memerlukan fokus yang amat teliti dan juga kesabaran..

Ni kalau gementar macam aku, memang failed la.. Tak bergetar sangat tangan dia.. Memang hebat.. hihi

p/s: sekadar nak share video..

sumber maklumat di fan pages madir Eugster

Tuesday, May 3, 2011

Kini Salji di Malaysia boleh di Makan

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Semua.


Salji tersebut adalah di Snowalk i-city, Shah Alam, Selangor.


SHAH ALAM, 3 Mei (Bernama) — Orang ramai, bersama-sama ‘Dora the Explorer’ dan i-City, menyambut kedatangan salji pertama di Snowalk pada 19 Mac lepas apabila teknologi dari Korea Selatan itu dilancarkan sebagai tarikan terbaru di “City of Digital Lights“.


Kawasan seluas 4,645 meter persegi di Shah Alam itu cukup sejuk dengan suhu bawah 5 darjah celcius dan yang paling menarik, ‘salji’ setebal 0.1 meter di situ boleh dimakan.



Pengalaman dengan salji ini, yang pertama di Asia Tenggara, menggunakan teknologi Korea terbaru di mana air tulen bertapis yang dibekukan dijadikan salji yang selamat untuk dimakan.


Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen baru-baru ini berkata produk pelancongan yang menarik dan inovatif seperti Snowalk@i-City akan menarik lebih ramai pelancong ke Malaysia, selain menjana pelancongan dalam negara.


“Dulu saya biasa memberitahu orang luar negara yang kita di Malaysia ini ada semuanya kecuali salji. Tapi, dengan Snowalk, kita boleh kata salji pun ada di Malaysia,” katanya.


Panjang ceritanya ni..


Lagi berita ini.. Lawat lah Salji di Snowalk I-City boleh dimakan!


p/s:jom makan..

Aku tak percaya dengan Akismet.

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Semua.

Akismet merupakan 1 plugin penghalang komen spam untuk blog wordpress..

Selama sebulan aku berblog untuk blog ini, aku tak pernah pakai Plugin Akismet ini..

Sebabnya  blog ini tak hebat sangat.. fikir aku, mana la ada orang nak spam-spam kat blog aku ni..

Tapi aku silap, banyak betul spam ni.. naik bengang aku.. Lain aku publish, lain yang dikomen.. tak kena langsung.. gerenti spam..

Jadi, aku pun cari la plugin untuk halang spam ni..

dipendekkan cerita, aku install Akismet dengan GrowMap Anti-Spambot 2 hari yang lepas.

Ternyata BERKESAN..

Tapi TERLEBIH BERKESAN..

Yang bukan Spam pun dikatakan Spam..


Aku pun pelik.. Kenapa komen tu dikira spam.. sorry kepada hantu dan zool..

Nak kata GrowMap Anti-Spambot yang silap, tak logik pula. sebab siapa nak komen kena tick dulu kat "Confirm you are NOT a spammer".. kiranya dah tick la tu.. sebab dah lepas..

Jadi, Akismet la yang salah kan..

Aku rasa macam nak buang ja Akismet ni..

Sebelum aku nak buang tu, aku nak tanya la pendapat anda semua..

Perlukah aku buang Akismet ini??

Lagi 1, komen trackbacks/pingbacks tu spam juga ka?? Semua masuk spam juga ni.. aku pun tak tahu apa fungsi trackbacks ni.. huhu

p/s: sorry jika aku tersalah, aku masih baru dalam wordpress ni..

Traffik Mencanak naik dengan Tiba-tiba

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Semua.

Aku terkejut betul dengan Traffik Blog yang kelmarin punya iaitu 2 Mei 2011.

Tak pernah aku dapat Traffik yang melampau lampau ni..

Tengok la traffik blog aku pada minggu ini.

Traffik aku selalu Puratanya dalam 150UV ja sehari..


Tapi Traffik 2 mei 2011 sebanyak 1265 untuk UV dan pageviewnya 2326..


Dah macam traffik bagi seminggu tu..


Alhamdulillah blog aku ni semakin meningkat.. Walaupun aku jarang-jarang kali update.. dan ada ketikanya Blog aku langsung tiada pelawat.. huhu


Terima kasih aku ucapkan kepada yang selalu melawat dan juga Pengomen Setiaku.


Terima Kasih Semua.


p/s: traffik aku turun naik, rasanya kali ni ja dapat banyak macam ni.. huhu..

Sunday, May 1, 2011

Terima Kasih Pengomen Setia ku di Bulan April

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Semua.

Mungkin agak terlewat aku nak postkan tentang ni.. Dah 2 mei 2011.

Patutnya semalam nak post.. tapi tak sempat.. hehe..

Walaupun blog aku ni masih baru... Tapi ada juga yang telah menjadi pengomen setiaku..

 

Top 3 untuk komen terbanyak blog aku untuk bulan April.


No 1 : pencinta wanita


No 2 : mUmTAz


No 3 : ArericH


Ni pulak yang lain lain blogger yang selalu komen..













Terima Kasih kerana sudi meluangkan masa di blog yang tak seberapa ini..

Hadiah tak dak untuk komen terbanyak ni.. Hanya mampu bagi ucapan terima kasih ja..

Kalau nak sangat hadiah, ambik ja banner mulut tu.. buat kenang kenangan.. hehehe

p/s: mau tido lagi..