Pages

Wednesday, August 10, 2011

Wordless Wednesday #6

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Semua..

Dah banyak minggu aku terlepas Wordless Wednesday ni..

Ni pun ada 15 minit lagi sebelum masuk hari lain.. hahaha..

di kesempatan yang ada ni.. tengoklah gambar ni.. (bukan gambar aku punya, tak sempat pilih gambar sendiri)..

Lepas tu, terbalikkan laptop atau komputer anda untuk melihat wajahnya secara lebih jelas..

Aku tolong terbalikkan. Kang rosak pulak komputer tu.. hahaha


p/s: senyum, tak perlu kata apa-apa.. :)

Tuesday, August 9, 2011

Kempen Hias Laman Web/Blog Utusan 2011

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Semua..
petikan dari utusan.......

Hiaskan laman web/blog anda dengan Jalur Gemilang dengan cara paling kreatif bagi menggambarkan kemeriahan sambutan Bulan Kemerdekaan Ogos dan September ini.



Hiasi laman web/blog anda dan menangi hadiah wang tunai berjumlah RM7,500.


Setiap laman web/blog yang mahu dipertandingkan mesti dihiasi dengan logo rasmi kempen dan bendera Jalur Gemilang.


Rakam foto laman web/blog anda dengan menggunakan kaedah "screenshot" dan hantar kepada kami untuk dinilai.


Laman web/blog yang paling kreatif serta menarik akan memenangi hadiah berupa:




  • Hadiah pertama: Wang tunai sebanyak RM3,000

  • Hadiah kedua: Wang tunai sebanyak RM2,000

  • Hadiah ketiga; Wang tunai sebanyak RM1,000

  • Hadiah saguhati: Wang tunai sebanyak RM300 untuk tiga pemenang


Syarat penyertaan:


1. Peserta hendaklah rakyat Malaysia. Tetapi kakitangan Utusan Melayu (M) Berhad, anak-anak syarikat serta saudara-mara mereka tidak layak menyertainya.


2. Pertandingan terbuka kepada semua laman web/blog yang dimiliki rakyat Malaysia, baik dihos di dalam negeri atau di luar negara.


3. Jika penyertaan dihantar oleh orang lain, hanya pemilik laman web/blog sahaja dianggap pemenang.


4. Semua foto screenshot laman web/blog untuk dipertandingkan hendaklah dihantar ke Utusan Online (http://www.utusan.com.my)


5. Peserta boleh menghantar lebih dari satu laman web/blog tetapi setiap orang hanya layak memenangi satu hadiah sahaja.


6. Setiap penyertaan hendaklah disertakan dengan nama sebenar pengirim (seperti tertera di MyKAD), nombor MyKAD (maklumat ini akan dirahsiakan), alamat pengirim (maklumat ini akan dirahsiakan), lokasi umum pengirim (contoh: Kota Bahru, Kelantan), nombor telefon bimbit (maklumat ini akan dirahsiakan), emel pengirim (maklumat ini akan dirahsiakan), URL laman web/blog dan keterangan gambar.


7. Bukti penghantaran bukan bukti penerimaan.


8. Penganjur tidak bertanggungjawab jika berlaku kerosakan pada foto yang dihantar.


9. Laman web/blog yang memenuhi syarat dan kriteria pertandingan sahaja yang akan dipertimbangkan.


10. Urusetia kempen mempunyai hak mutlak untuk menyiarkan atau tidak foto-foto laman web/blog yang dihantar untuk pertandingan.


11. Urusetia kempen juga mempunyai hak mutlak untuk menyiarkan foto-foto yang dihantar untuk pertandingan dalam laman-laman web dan akhbar Utusan.


12. Keputusan urusetia termasuk mengenai pemenang-pemenang mingguan adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.


Baca seterusnya di SINI (UTUSAN)

Friday, August 5, 2011

Mas Zone : Coolest Picture Of August Contest

Assalamulaikum dan Selamat Sejahtera Semua..

Memandangkan aku blog ini tiada apa nak diupdate sangat, jadi aku join contest oleh Mas ni..


Yang penting ada gambar, dah boleh join.. hihi..
SYARAT-SYARAT :


  1. Tiada Had Umur

  2. Lelaki dan Perempuan , sama-sama boleh join

  3. Tidak kisah sama ada anda mempunyai BLOG ataupun tidak

  4. Gambar penyertaan tidak terlalu FAKE (tak over edit)

  5. Gambar penyertaan adalah SATU sahaja , pilih gambar yang terbaik

  6. Gambar penyertaan akan diupload disini : http://contest.masahmadsafwan.com

  7. Pemenang based on LIKE paling banyak

  8. Tarikh tutup : 30 Ogos 2011


Nama untuk gambar: Aku Mizi

Nama Penuh: Tarmizi Saad



Gambar aku


JOM LA LIKE GAMBAR AKU KAT


Nak join, KLIK BANNER CONTEST..  :P

p/s: tak reti nak edit gambar.. hihi

Wednesday, August 3, 2011

PERLU KE KOMEN ENTRI YANG JOIN SEGMEN KITA | SEGMEN CIKGUMUZIK

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Semua..



PERLU KE KOMEN ENTRI YANG JOIN SEGMEN KITA??


Sebelum aku menjawab persoalan itu, ingin aku nyatakan bahawa ini adalah entri segmen perbincangan yang dianjurkan oleh blogger top malaysia masa kini iaitu wan cikgu muzik.. Kalau nak join Klik PERLU KE KOMEN ENTRI YANG JOIN SEGMEN KITA | SEGMEN CIKGUMUZIK..(KLIK BANNER atas tu pun boleh)..  Terima kasih sebab buat segmen ini, aku pun tengah kering idea ni.. hahaha


Ok lah, berbalik pada tajuk entri segmen ini iaitu PERLU KE KOMEN ENTRI YANG JOIN SEGMEN KITA??


Jawapan aku SANGAT PERLU KITA KOMEN ENTRI YANG JOIN SEGMEN KITA..


Mengapa aku katakan ianya perlu??


1. DIHARGAI


Bagi yang membuat segmen, seharusnya komen lah walaupun sepatah untuk menunjukkan kesungguhan anda dalam menganjurkan segmen tersebut.. Orang datang memeriahkan segmen anda, jadi hargailah sesiapa yang menyertainya dengan memberi komen anda di bahagian komen..


2. TIDAK TIMBUL TANDA TANYA.


Kadang-kadang bagi yang join sesuatu segmen, pasti mereka mengharapkan respon si penganjur segmen sama ada penyertaan mereka diterima atau tidak.. Mungkin sesuatu segmen itu mempunyai syarat yang tertentu..


3. TAHU ENTRI KITA DINILAI.


Kalau kita buat segmen, sudah tentu si pembuat segmen akan datang melihat entri kita itu.. Jika tidak, macam mana caranya dia hendak memilih pemenang bukan.. Tapi, kalau pemenang dipilih berdasarkan like di facebook (segmen gambar selalunya).. mungkin ada yang penganjur tak komen.. Sebab bukan yang menilai, tapi orang ramai.. Walau apa pun, komen lah supaya nampak si penganjur juga menilai penyertaan kita itu..


4.  LEBIH BERSEMANGAT..


Blogger yang selalu join segmen akan lebih bersemangat jika si penganjur memberi komen terhadap segmennya.. Tambah-tambah lagi jika komen yang berbentuk positif.. Tidak lah tertunggu tunggu respon dari penganjur..


5. NAMPAK MESRA.


Dengan balasan kunjungan dari pihak penganjur segmen melalui komen. Nampak lah penganjur itu seorang yang mesra dan tidak sombong dengan pembaca blognya.. Mana tahu, nanti ada segmen lagi.. orang yang sama akan selalu jejak ke blog penganjur untuk memeriahkannya lagi..


6. TIDAK TERTIPU.


Ini sebenarnya malas aku nak letak, nak letak juga supaya ia tak jadi ikutan.. Sebab aku dulu selalu join segmen dan contest ini.. Ini disebabkan penganjur menutup awal segmen atau contest tersebut tanpa menyatakannya di Entri segmennya itu. ada yang masih join walaupun tarikhnya dah tamat.. Nampak benar penganjur tidak melihat selalu komen-komen penyertaan walaupun ianya dah habis tarikh kan.. Macam lari tajuk ja ni.. hahaha. Perlukah aku nyatakan siapa?? hihi


Rasanya itu dah cukup kot.. Isi banyak lagi, tapi ulasan nak sama ja.. hahaha..


Sebelum itu, Lihat dulu segmen yang dianjurkan.. Kalau yang simple simple dan pemilihan pemenang pun tak perlukan pernilaian yang ganas-ganas.. setakat komen balas di ruangan entri segmen si penganjur pun dah cukup.. tu kalau habis malas la.. hahaha


Apa-apa pun, PERLU KE KOMEN ENTRI YANG JOIN SEGMEN KITA??




"AKU PILIH "PERLU KOMEN ENTRI YANG JOIN SEGMEN KITA "..



p/s: sedap ja aku ulas pasal ni, ingat senang ka handle segmen semua tu.. hahaha. Kalau setakat 2 penyertaan, larat la nak bagi komen.. Ni sampai 2 juta penyertaan.. hihi

Tuesday, August 2, 2011

Aku tak nak konek ni..

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Semua.


Lain yang dicari yang dapat.. hahaha


Aku sebenarnya nak cerita pasal laut terbelah.. Aku ada terbaca pasal laut terbelah di Korea Selatan..


Tempat tu namanya pulau Jindo..Tapi memandangkan dah ramai yang tahu, aku tak nak la cerita pasal laut terbelah kat pulau jindo korea Selatan tu..


Harap ramai yang dah tahu kan pasal tu.. Kalau tak tahu, search pakai google, pasti jumpa.. dijamin.. haha


Disebabkan aku nak buat entri lain sikit untuk dikongsikan dengan pembaca aku, aku pun terfikir pasal laut yang terbelah dekat Malaysia..


Agak-agak ada tak kat Malaysia ni??


Sebenarnya ada.. tapi tak la sehebat kat korea tu.. Jaraknya pun pendek ja..


Nama pulau tu, Pulau Konek.. iaitu di Melaka.. kat tasik kenyir pun ada rasanya, tapi tu tasik bukan laut.. huhu


Disebabkan aku tak biasa pergi, aku pun search la nak cari maklumat..


Tapi konek lain yang naik.. Konek apakah itu, faham-faham sendiri la.. hahaha


Akhirnya aku jumpa juga tentang pulau konek ini, namun tak banyak maklumat.. banyak gambar sahaja..


Cuma satu ja blog  (yang aku jumpa la) yang cerita serba sedikit pasal pulau ini.. Tu pun dalam bahasa cina.. mana la aku nak faham.


Selamat ada google translate.. Faham la sikit-sikit..


Baca bawah ini tentang pulau konek.. aku copy paste sebijik dari blog tu..




Mengapa pulau ini jadi "malu malu" nama? Semua dalam semua, sumber ini adalah nama pulau ini terdapat tiga versi.


Versi Satu: Kembali dalam banyak, bertahun-tahun lalu, seorang lelaki yang entah bagaimana, zakar dipotong, kemudian dibuang ke dalam laut. Tidak lama selepas itu, pulau itu muncul, kehilangan zakar lelaki, untuk memperingati "akar" itu, keturunan nama akar pulau pulau. (Nota: Ini hanya legenda, dan saya telah mendengar kembali, tidak boleh digunakan sebagai "bukti di mahkamah," Oh)


Versi dua: Oleh kerana pulau di laut di air pasang, hanya untuk melihat jalan batu, orang akan titik pulau, digambarkan sebagai "pendirian" pulau, kemudian memikirkan "ereksi" lelaki keadaan.


Versi Tiga: di pulau di air surut hanya boleh akses penduduk tempatan Melayu dalam Bahasa Inggeris menyambungkan, yang berkaitan makna, diterjemahkan ke dalam bahasa Mandarin KONET, akhirnya membentuk KONET PULAU nama ini.



Pandai-pandai nak faham.. serabut juga nak pilih isi yang aku nak.. Sebab aku nak tau pasal pulau tu ja.. jadi diatas tu, kira asal usul nama dia la tu.. hahahaha..

Ni gambar pulau konek yang aku ambil dari blog tu..


Itu ja aku nak kongsikan dengan pembaca aku.. kalau nak tengok gambar kat pulau ini.. terjah la blog kititto.com tu..


p/s: pulau apam ada tak?? hahaha

Monday, August 1, 2011

Alhamdulillah, Blog ku hidup kembali di awal ramadhan..

 

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Semua..


Dah lama aku tak menaip di blog ini.. (padahal copy paste je banyak).. haha..


Entah-entah dah ada yang tak kenal aku.. (bajet femes)..


Bila dah lama tak menaip, terasa mood nak menaip entri tu tak sampai walaupun dah ada idea nak menaip.. (padahal malas)..


Bila dah blog ini okay, perkara pertama aku buat, tukar theme.. hahaha.. aku selalunya pilih theme yang laju.. tak berat.. theme ni berat sikit jika dibandingkan yang dulu.. tapi cuma lawa sikit.. hihi.. kerap betul aku tukar..(padahal tak puas hati apa yang ada)..


Bila blog aku tak boleh buka selama 2 minggu, terus hilang status gelimat aku kat nuffnang.. cepat betul buang pangkat gelimat aku, BE susah benar nak bagi..


Entah apa yang aku hendak karangkan lagi, taip sikit, padam balik, taip padam taip padam..


Dah cukup la tu.. pendek betul entri ni..


 

Apa-apa pun, aku gembira sedikit sebab blog aku dah okay di awal ramadhan ni... hihi


 sumber gambar