Pages

Thursday, September 22, 2011

Errmmmm...

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Semua..


Tak tahu nak update apa ni..


dah lama aku tak update blog ni..


Macam-macam masalah sekarang ni..


Rasa nak stop berblogging pun ada.. tapi.. bila bosan sangat-sangat, aku kira nak update ja..


Jadi, tak perlu la aku buat keputusan untuk stop..


Aku fikir nak beralih ke blogspot.. Silap aku dulu, tak pandai nak handle blog ni.. Asyik abih bandwitch ja..


Ramai jenis curi gambar ja.. Tension ooo.. bukan susah pun nak save dalam computer dulu pastu upload dalam blog sendiri.. Tapi salah aku juga, aku sepatutnya upload ke blogspot/photobucket dulu sebelum masukkan ke dalam blog ni.. Tak pun, aku disable right klik ja.. tapi aku suka berkongsi, nak orang copy apa yang ada dalam blog aku.. namun ramai yang copy tak ikut etika..


Buat masa sekarang, aku HILANG MOOD nak berblogging..


kepada rakan-rakan blogger semua.. Teruskan berblogging.. Rancang dan jagalah blog anda dengan sebaiknya.. hehe


p/s: hahaha.. blogspot atau wordpress ni?

Wednesday, August 10, 2011

Wordless Wednesday #6

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Semua..

Dah banyak minggu aku terlepas Wordless Wednesday ni..

Ni pun ada 15 minit lagi sebelum masuk hari lain.. hahaha..

di kesempatan yang ada ni.. tengoklah gambar ni.. (bukan gambar aku punya, tak sempat pilih gambar sendiri)..

Lepas tu, terbalikkan laptop atau komputer anda untuk melihat wajahnya secara lebih jelas..

Aku tolong terbalikkan. Kang rosak pulak komputer tu.. hahaha


p/s: senyum, tak perlu kata apa-apa.. :)

Tuesday, August 9, 2011

Kempen Hias Laman Web/Blog Utusan 2011

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Semua..
petikan dari utusan.......

Hiaskan laman web/blog anda dengan Jalur Gemilang dengan cara paling kreatif bagi menggambarkan kemeriahan sambutan Bulan Kemerdekaan Ogos dan September ini.



Hiasi laman web/blog anda dan menangi hadiah wang tunai berjumlah RM7,500.


Setiap laman web/blog yang mahu dipertandingkan mesti dihiasi dengan logo rasmi kempen dan bendera Jalur Gemilang.


Rakam foto laman web/blog anda dengan menggunakan kaedah "screenshot" dan hantar kepada kami untuk dinilai.


Laman web/blog yang paling kreatif serta menarik akan memenangi hadiah berupa:




  • Hadiah pertama: Wang tunai sebanyak RM3,000

  • Hadiah kedua: Wang tunai sebanyak RM2,000

  • Hadiah ketiga; Wang tunai sebanyak RM1,000

  • Hadiah saguhati: Wang tunai sebanyak RM300 untuk tiga pemenang


Syarat penyertaan:


1. Peserta hendaklah rakyat Malaysia. Tetapi kakitangan Utusan Melayu (M) Berhad, anak-anak syarikat serta saudara-mara mereka tidak layak menyertainya.


2. Pertandingan terbuka kepada semua laman web/blog yang dimiliki rakyat Malaysia, baik dihos di dalam negeri atau di luar negara.


3. Jika penyertaan dihantar oleh orang lain, hanya pemilik laman web/blog sahaja dianggap pemenang.


4. Semua foto screenshot laman web/blog untuk dipertandingkan hendaklah dihantar ke Utusan Online (http://www.utusan.com.my)


5. Peserta boleh menghantar lebih dari satu laman web/blog tetapi setiap orang hanya layak memenangi satu hadiah sahaja.


6. Setiap penyertaan hendaklah disertakan dengan nama sebenar pengirim (seperti tertera di MyKAD), nombor MyKAD (maklumat ini akan dirahsiakan), alamat pengirim (maklumat ini akan dirahsiakan), lokasi umum pengirim (contoh: Kota Bahru, Kelantan), nombor telefon bimbit (maklumat ini akan dirahsiakan), emel pengirim (maklumat ini akan dirahsiakan), URL laman web/blog dan keterangan gambar.


7. Bukti penghantaran bukan bukti penerimaan.


8. Penganjur tidak bertanggungjawab jika berlaku kerosakan pada foto yang dihantar.


9. Laman web/blog yang memenuhi syarat dan kriteria pertandingan sahaja yang akan dipertimbangkan.


10. Urusetia kempen mempunyai hak mutlak untuk menyiarkan atau tidak foto-foto laman web/blog yang dihantar untuk pertandingan.


11. Urusetia kempen juga mempunyai hak mutlak untuk menyiarkan foto-foto yang dihantar untuk pertandingan dalam laman-laman web dan akhbar Utusan.


12. Keputusan urusetia termasuk mengenai pemenang-pemenang mingguan adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.


Baca seterusnya di SINI (UTUSAN)

Friday, August 5, 2011

Mas Zone : Coolest Picture Of August Contest

Assalamulaikum dan Selamat Sejahtera Semua..

Memandangkan aku blog ini tiada apa nak diupdate sangat, jadi aku join contest oleh Mas ni..


Yang penting ada gambar, dah boleh join.. hihi..
SYARAT-SYARAT :


  1. Tiada Had Umur

  2. Lelaki dan Perempuan , sama-sama boleh join

  3. Tidak kisah sama ada anda mempunyai BLOG ataupun tidak

  4. Gambar penyertaan tidak terlalu FAKE (tak over edit)

  5. Gambar penyertaan adalah SATU sahaja , pilih gambar yang terbaik

  6. Gambar penyertaan akan diupload disini : http://contest.masahmadsafwan.com

  7. Pemenang based on LIKE paling banyak

  8. Tarikh tutup : 30 Ogos 2011


Nama untuk gambar: Aku Mizi

Nama Penuh: Tarmizi Saad



Gambar aku


JOM LA LIKE GAMBAR AKU KAT


Nak join, KLIK BANNER CONTEST..  :P

p/s: tak reti nak edit gambar.. hihi

Wednesday, August 3, 2011

PERLU KE KOMEN ENTRI YANG JOIN SEGMEN KITA | SEGMEN CIKGUMUZIK

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Semua..



PERLU KE KOMEN ENTRI YANG JOIN SEGMEN KITA??


Sebelum aku menjawab persoalan itu, ingin aku nyatakan bahawa ini adalah entri segmen perbincangan yang dianjurkan oleh blogger top malaysia masa kini iaitu wan cikgu muzik.. Kalau nak join Klik PERLU KE KOMEN ENTRI YANG JOIN SEGMEN KITA | SEGMEN CIKGUMUZIK..(KLIK BANNER atas tu pun boleh)..  Terima kasih sebab buat segmen ini, aku pun tengah kering idea ni.. hahaha


Ok lah, berbalik pada tajuk entri segmen ini iaitu PERLU KE KOMEN ENTRI YANG JOIN SEGMEN KITA??


Jawapan aku SANGAT PERLU KITA KOMEN ENTRI YANG JOIN SEGMEN KITA..


Mengapa aku katakan ianya perlu??


1. DIHARGAI


Bagi yang membuat segmen, seharusnya komen lah walaupun sepatah untuk menunjukkan kesungguhan anda dalam menganjurkan segmen tersebut.. Orang datang memeriahkan segmen anda, jadi hargailah sesiapa yang menyertainya dengan memberi komen anda di bahagian komen..


2. TIDAK TIMBUL TANDA TANYA.


Kadang-kadang bagi yang join sesuatu segmen, pasti mereka mengharapkan respon si penganjur segmen sama ada penyertaan mereka diterima atau tidak.. Mungkin sesuatu segmen itu mempunyai syarat yang tertentu..


3. TAHU ENTRI KITA DINILAI.


Kalau kita buat segmen, sudah tentu si pembuat segmen akan datang melihat entri kita itu.. Jika tidak, macam mana caranya dia hendak memilih pemenang bukan.. Tapi, kalau pemenang dipilih berdasarkan like di facebook (segmen gambar selalunya).. mungkin ada yang penganjur tak komen.. Sebab bukan yang menilai, tapi orang ramai.. Walau apa pun, komen lah supaya nampak si penganjur juga menilai penyertaan kita itu..


4.  LEBIH BERSEMANGAT..


Blogger yang selalu join segmen akan lebih bersemangat jika si penganjur memberi komen terhadap segmennya.. Tambah-tambah lagi jika komen yang berbentuk positif.. Tidak lah tertunggu tunggu respon dari penganjur..


5. NAMPAK MESRA.


Dengan balasan kunjungan dari pihak penganjur segmen melalui komen. Nampak lah penganjur itu seorang yang mesra dan tidak sombong dengan pembaca blognya.. Mana tahu, nanti ada segmen lagi.. orang yang sama akan selalu jejak ke blog penganjur untuk memeriahkannya lagi..


6. TIDAK TERTIPU.


Ini sebenarnya malas aku nak letak, nak letak juga supaya ia tak jadi ikutan.. Sebab aku dulu selalu join segmen dan contest ini.. Ini disebabkan penganjur menutup awal segmen atau contest tersebut tanpa menyatakannya di Entri segmennya itu. ada yang masih join walaupun tarikhnya dah tamat.. Nampak benar penganjur tidak melihat selalu komen-komen penyertaan walaupun ianya dah habis tarikh kan.. Macam lari tajuk ja ni.. hahaha. Perlukah aku nyatakan siapa?? hihi


Rasanya itu dah cukup kot.. Isi banyak lagi, tapi ulasan nak sama ja.. hahaha..


Sebelum itu, Lihat dulu segmen yang dianjurkan.. Kalau yang simple simple dan pemilihan pemenang pun tak perlukan pernilaian yang ganas-ganas.. setakat komen balas di ruangan entri segmen si penganjur pun dah cukup.. tu kalau habis malas la.. hahaha


Apa-apa pun, PERLU KE KOMEN ENTRI YANG JOIN SEGMEN KITA??




"AKU PILIH "PERLU KOMEN ENTRI YANG JOIN SEGMEN KITA "..



p/s: sedap ja aku ulas pasal ni, ingat senang ka handle segmen semua tu.. hahaha. Kalau setakat 2 penyertaan, larat la nak bagi komen.. Ni sampai 2 juta penyertaan.. hihi

Tuesday, August 2, 2011

Aku tak nak konek ni..

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Semua.


Lain yang dicari yang dapat.. hahaha


Aku sebenarnya nak cerita pasal laut terbelah.. Aku ada terbaca pasal laut terbelah di Korea Selatan..


Tempat tu namanya pulau Jindo..Tapi memandangkan dah ramai yang tahu, aku tak nak la cerita pasal laut terbelah kat pulau jindo korea Selatan tu..


Harap ramai yang dah tahu kan pasal tu.. Kalau tak tahu, search pakai google, pasti jumpa.. dijamin.. haha


Disebabkan aku nak buat entri lain sikit untuk dikongsikan dengan pembaca aku, aku pun terfikir pasal laut yang terbelah dekat Malaysia..


Agak-agak ada tak kat Malaysia ni??


Sebenarnya ada.. tapi tak la sehebat kat korea tu.. Jaraknya pun pendek ja..


Nama pulau tu, Pulau Konek.. iaitu di Melaka.. kat tasik kenyir pun ada rasanya, tapi tu tasik bukan laut.. huhu


Disebabkan aku tak biasa pergi, aku pun search la nak cari maklumat..


Tapi konek lain yang naik.. Konek apakah itu, faham-faham sendiri la.. hahaha


Akhirnya aku jumpa juga tentang pulau konek ini, namun tak banyak maklumat.. banyak gambar sahaja..


Cuma satu ja blog  (yang aku jumpa la) yang cerita serba sedikit pasal pulau ini.. Tu pun dalam bahasa cina.. mana la aku nak faham.


Selamat ada google translate.. Faham la sikit-sikit..


Baca bawah ini tentang pulau konek.. aku copy paste sebijik dari blog tu..




Mengapa pulau ini jadi "malu malu" nama? Semua dalam semua, sumber ini adalah nama pulau ini terdapat tiga versi.


Versi Satu: Kembali dalam banyak, bertahun-tahun lalu, seorang lelaki yang entah bagaimana, zakar dipotong, kemudian dibuang ke dalam laut. Tidak lama selepas itu, pulau itu muncul, kehilangan zakar lelaki, untuk memperingati "akar" itu, keturunan nama akar pulau pulau. (Nota: Ini hanya legenda, dan saya telah mendengar kembali, tidak boleh digunakan sebagai "bukti di mahkamah," Oh)


Versi dua: Oleh kerana pulau di laut di air pasang, hanya untuk melihat jalan batu, orang akan titik pulau, digambarkan sebagai "pendirian" pulau, kemudian memikirkan "ereksi" lelaki keadaan.


Versi Tiga: di pulau di air surut hanya boleh akses penduduk tempatan Melayu dalam Bahasa Inggeris menyambungkan, yang berkaitan makna, diterjemahkan ke dalam bahasa Mandarin KONET, akhirnya membentuk KONET PULAU nama ini.



Pandai-pandai nak faham.. serabut juga nak pilih isi yang aku nak.. Sebab aku nak tau pasal pulau tu ja.. jadi diatas tu, kira asal usul nama dia la tu.. hahahaha..

Ni gambar pulau konek yang aku ambil dari blog tu..


Itu ja aku nak kongsikan dengan pembaca aku.. kalau nak tengok gambar kat pulau ini.. terjah la blog kititto.com tu..


p/s: pulau apam ada tak?? hahaha

Monday, August 1, 2011

Alhamdulillah, Blog ku hidup kembali di awal ramadhan..

 

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Semua..


Dah lama aku tak menaip di blog ini.. (padahal copy paste je banyak).. haha..


Entah-entah dah ada yang tak kenal aku.. (bajet femes)..


Bila dah lama tak menaip, terasa mood nak menaip entri tu tak sampai walaupun dah ada idea nak menaip.. (padahal malas)..


Bila dah blog ini okay, perkara pertama aku buat, tukar theme.. hahaha.. aku selalunya pilih theme yang laju.. tak berat.. theme ni berat sikit jika dibandingkan yang dulu.. tapi cuma lawa sikit.. hihi.. kerap betul aku tukar..(padahal tak puas hati apa yang ada)..


Bila blog aku tak boleh buka selama 2 minggu, terus hilang status gelimat aku kat nuffnang.. cepat betul buang pangkat gelimat aku, BE susah benar nak bagi..


Entah apa yang aku hendak karangkan lagi, taip sikit, padam balik, taip padam taip padam..


Dah cukup la tu.. pendek betul entri ni..


 

Apa-apa pun, aku gembira sedikit sebab blog aku dah okay di awal ramadhan ni... hihi


 sumber gambar

Thursday, July 14, 2011

Jom Pakat Sokong Peserta tunggal MALAYSIA dalam Footbag freestyler

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Semua.

Terlewat pula aku nak publish entri ini..


Entri kali ini aku nak ajak semua yang sedang membaca ini, vote peserta Malaysia dalam pertandingan Footbag Freestyle..



Dalam pertandingan tersebut, hanya 4 peserta yang bertanding iaitu Malaysia,Singapura, Taiwan dan Vietnam..


Setiap peserta perlu tunjukkan skill dalam menimbang bola.. bukan bola sepak yang besar tu.. Bola kecik ja.. Rasanya bola tenis..


Semalam aku tengok, Singapura di atas.. Malaysia kedua.. Tetapi sekarang.. tengok la kedudukannya..



Malaysia sudah ketinggalan.. Jom kita buktikan MALAYSIA BOLEH..


 Nak undi sila ke sini..


http://www.espnstar.com/games/adidas/winners/


Kemudian pilih peserta Malaysia iaitu Muhamamad Ariff Bin Abd Karim...


Jom sama-sama kita undi.. kita buat seperti kita undi aidil zafuan dalam 10 gol terbaik tempoh hari..


Sampai Alex Ferguson nak ambil aidil main dengan MU... Hahahaha..


Thanks kepada jalut kerana mengeluarkan entri ini.. aku dapat tahu dari entri Jom Vote peserta tunggal MALAYSIA dalam Footbag freestyler


p/s: tarikh tamat aku tak dapat lak.. huhu.. apa-apa pun undian itu penting.. undi dulu jom..

Yahooooo.. Aku Menang Lottery





Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Semua..

 

Hari ini aku agak gembira kerana aku telah memenangi Lotto..

Bukan kasut lotto.. Lottery k..

 

Kalau tak tahu apa itu lottery,  boleh baca kat wikipedia.. klik link kat bawah tu...

http://en.wikipedia.org/wiki/Lotto

 

Dengan bahasa mudahnya macam tikam nombor la..

 

Perkara ini aku  dapat tahu melalui email aku..



Nampak gambar kat atas tu?? Congratulations you won...

Dalam email tersebut, ada attachment file.. jadi aku pun buka baca la..

Full bahasa english.. Aku pun tak faham semua.. hahaha.. Yang tahu, aku menang sahaja..

 

Dibawah ini.. message yang disampaikan dalam attachment tersebut..

 

FROM: THE DESK OF THE E-MAIL PROMOTIONS MANAGER INTERNATIONAL PROMOTIONS/PRIZE AWARD DEPARTMENT, MICROSOFT CORPORATION WORLD LOTTERY UNITED KINGDOM.61-70 SOUTHAMPTON ROW BLOOMSBURY LONDON UNITED KINGDOM WC1B 4AR.


REFERENCE NO: 875061725/07


BATCH NO: 505649092/188


WINNING NO: PB8701/LPRC


WINNER: NO17


ELECTRONIC EMAIL AWARD WINNING NOTIFICATION AWARD PRESENTATION CENTER: UNITED KINGDOM


DEAR WINNER,


MICROSOFT CO-OPERATION MANAGEMENT WORLDWIDE ARE PLEASED TO INFORM YOU THAT YOU ARE A WINNER OF OUR ANNUAL MS-WORLD LOTTERY (MEGA JACKPOT LOTTO PROGRAMME) CONDUCTED ON 20TH OF JUNE: 2011


YOUR PERSONAL E-MAIL ADDRESS OR COMPANY EMAIL WAS ATTACHED TO THIS YEAR’S MSWLL. WITH SERIAL NUMBER 7741137002 DREW THE LUCKY NUMBERS 5-13-33-37-42, AND CONSEQUENTLY WON IN THE FIRST LOTTERY CATEGORY. YOU HAVE THEREFORE BEEN APPROVED FOR LUMP SUMS OF 1,000,000 (USD ONE MILLION UNITED STATES DOLLARS) PAYABLE IN CASH CREDITED TO FILE REF NO: ILP/HW 875061725/07 THIS IS FROM TOTAL PRIZE MONEY OF  25,000,000 USD, SHARED AMONG THE TWENTY-FIVE (25) LUCKY INTERNATIONAL WINNERS IN FIRST AND SECOND CATEGORY.


ALL PARTICIPANTS WERE SELECTED FROM WORLDWIDE A COMPUTER BALLOTING SYSTEM THROUGH OUR MICROSOFT COMPUTER BALLOT SYSTEM DRAWN FROM 21,000 NAMES, 3,000 NAMES FROM EACH CONTINENT (CANADA, ASIA, AUSTRALIA, UNITED STATE, EUROPE, MIDDLE EAST, AFRICA AND OCEANIA, AS PART OF INTERNATIONAL "E-MAIL" PROMOTIONS PROGRAMME, WHICH IS CONDUCTED ANNUALLY FOR OUR PROMINENT MS -WORD USERS ALL OVER THE WORLD TO ENCOURAGE THE USE OF INTERNET AND COMPUTERS WORLDWIDE.


YOUR FUND (CERTIFIED CHEQUE) HAS BEEN INSURED WITH YOUR REF NO: ILP/HW-475061725/07 AND WILL BE READY FOR TRANSFER AS SOON AS YOU CONTACT YOUR CLAIM AGENT DR SMITH WALKER . YOUR E-MAIL ADDRESS SHOULD BE USED IN ALL CORRESPONDENCE WITH YOUR CLAIMS OFFICER, PLEASE NOTE THAT, YOU ARE TO CONTACT YOUR CLAIMS OFFICER VIA EMAIL OR TELEPHONE AS WE ARE PROMOTING THE USE OF E-MAIL. ALSO YOU HAVE THE RIGHT TO CALL HIM TO CONFIRM YOUR WINNINGS AND GOVERNMENT TAX PAYMENT THAT IS ALL, AS HE WILL PROVIDE YOU WITH THE NECESSARY DETAILS ON HOW TO CLAIM YOUR PRIZE. AS PART OF OUR SECURITY PROTOCOL YOU ARE TO QUOTE THIS SECURITY CODE MSN/APRILXXX07 TO YOUR CLAIMING AGENT. THIS IS TO PREVENT SCAM.


CONTACT YOUR CLAIMS AGENT OFFICER IN UNITED KINGDOM.


NAME:  Dr. SMITH WALKER


EMAIL: ukclaimxagent@gmail.com


TELEPHONE: +447031975608


NOTE: IN ORDER TO AVOID MISTAKES, PLEASE REMEMBER TO QUOTE YOUR REFERENCE AND BATCH NUMBERS AND YOUR SECURITY CODE OF MSN/APRILXXX07 IN ALL CORRESPONDENCES WITH YOUR CLAIMS OFFICER. DO NOT REPLY ANY OTHER MAILS LIKE THIS ON NET, AS THEY ARE A LOT OF SCAM ARTIST OUT THERE PRETENDING TO BE US.YOU MAY SEE MAILS LIKE THIS DO NOT REPLY. DO CONTACT YOUR CLAIMS OFFICER, DR. SMITH WALKER IN UNITED KINGDOM.  YOU WILL BE ASKED TO PROVIDE SOME DETAILS AND AS WELL LET YOU KNOW THE COUNTRIES OF THE PAYING CENTRES AND ALSO TO ENABLE THE OFFICE PROCEED WITH YOUR WINNING CERTIFICATE AND FILE KEEPING.


CONGRATULATIONS, ONCE MORE FROM THE ENTIRE MANAGEMENT AND STAFF OF MICROSOFT CO-OPERATION TO ALL OUR LUCKY WINNERS. THANK YOU FOR BEING PART OF THIS PROMOTIONAL LOTTERY PROGRAM. OUR SPECIAL THANKS AND GRATITUDE TO ALL THE ASSOCIATES FOR ALLEVIATING POVERTY ROUND THE WORLD.


SINCERELY.


MRS BETH MOOD


                                  LOTTERY SPONSORS: CHIEF SPONSORS;                        Past winners


MICROSOFT CORPORATION UK,             MICROSOFT CORPORATION AFRICA,


MICROSOFT CORPORATION USA,           MICROSOFT CORPORATION ASIA.


MRS. TAKIYYAH  A'ISHAH


(CO-COORDINTOR).




hehehe.. Yang peliknya.. Aku tak pernah pun main benda ni.. HARAM ni..


Jadi, perkara ini rasanya tak betul la.. tak kan senang-senang ja aku nak menang.. Kalau ada aku main, mungkin ada benarnya aku menang kan..


ini tidak, tak main pun boleh menang..


Oleh itu, aku malas nak buat tindakan susulan (tuntut hadiah).. Lagipun ianya haram..


Kalau ada siapa mahu, ambil la.. hahahaha...


Ok la.. Setakat ini dahulu..



Aku tahu benda ini tak betul, saja nak tulis juga.. untuk koleksi dalam blog aku.. lalalala...


p/s: lama tak buka YM.. huhu

Tuesday, July 12, 2011

Wordless Wednesday #5

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Semua.

Dah ada siri ke 5 Wordless Wednesday aku ni.. haha..

Ni nak promote yang lama-lama juga la.. hihi

Wordless Wednesday #1

Wordless Wednesday #2 ->> Cerita di sebaliknya..

Worless Wednesday #3 ->> Cerita di sebaliknya..

Wordless Wednesday #4

hehe.. yang ada cerita di sebaliknya tu, ada penerangan sikit pasal Wordless Wednesday tersebut..

Sekarang mai tengok yang ke 5 pula..

p/s: biar gambar berkata-kata.. hihi

Sunday, July 10, 2011

mari menyokong amalina athman

Assalamulaikum dan Selamat Sejahtera Semua..


Entri kali ini, aku nak ajak kawan-kawan aku yang lain sokong seorang kawan aku ini..


Namanya Amalina Athman..



Kalau anda nak turut serta menyokong kawan aku ini..


Pergilah ke blog dia.. di ENTRI MARI MENYOKONG AMALINA ATHMAN..


Luangkanlah masa sekejap untuk menyokong member aku ini..


Aku harap dia berjaya..


Semoga Berjaya hendaknya.. Amin..


Thursday, July 7, 2011

Domain dot com Percuma seumur hidup dari HyperWebEnable

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Semua..


Tak sangka ada pihak nak bagi domain dot com secara percuma.. seumur hidup pula tu..


Perkara ini aku dapat tahu dari blog chrisblog.. Terima kasih pada tuan blog tersebut.. hehe..


Boleh baca entrinya di SINI.. dia ada cerita pasal domain .co.cc tidak lagi diindeks oleh google dalam entri tersebut.. Nak tahu tentang lebih details tentang domain .co.cc tu, sila la ke blog nya..


Di sini aku tertarik nak untuk kongsikan pasal Domain dot com yang free tersebut..



Aku tak daftar pun sebab aku dah ada domain sendiri.. Aku risau ianya macam terhad(walaupun aku tak nampak ia tulis terhad. hehe).. Jadi, bagilah peluang kepada yang tiada domain lagi..


Ok lah, kalau teringin nak dapatkannya..


Pergi ke website ini http://hyperwebenable.com/index.php


Antara peryataan yang dinyatakan mengenai Domain free tersebut..




Use HyperWebEnable to..

1. Get a Free website, get yoursitename.com instead of yoursitename.freeblogsite.com.

2. Build a full fledged content site and unleash the power of your site.

3. Get various addon scripts to your blog.

4. Take full control of your blog and customize per your needs.

5. Monetize, make money with your website.


HyperWebEnable Offers...

1. Free website of your choice (yoursitename.com) for life time.

2. Unlimited webspace to host your website.

3. Unlimited bandwidth.

4. Unlimited emails (info@yoursitename.com,contact@yoursitename.com).

5. Scripts of your choice(Blog,CMS,Forum ..).

6. Technical support by email for your website.

7. Tips & tricks to improve your page rank and traffic.

8. Free renewal of your domain.

9. No hidden fee or payments.

10. Ads on your Blog.

Ada seperkara yang penting iaitu tentang syarat-syaratnya.. salah 1 nya..


Rules and Requirements: Domain must be active and must generate the required traffic. Website must generate minimum traffic of 100 page views per day or 3000 page views on a monthly average. User will be given a 45 day grace period to generate this traffic after website allocation. HyperWebEnable.com has the right to deactivate your account if you do not meet the minimum traffic requirements.

Syarat dia boleh tengok kat sini http://hyperwebenable.com/request.php tengok kat bahagian agreement yang bawah sekali tu..

p/s: nampak macam benar ja (domain free ni).. sorry la jika ianya tak betul.. apa-apa pun try la dulu kalau nak tahu kebenarannya.. sekadar menyampaikannya..

sumber gambar SINI

 

Agak-agak la Facebook..

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Semua..


Agak tertekan sikit dengan facebook hari ini..


Kena block pula, tak boleh la aku nak ping entry aku buat masa ini..


Tengah semangat nak menulis, time macam ini la kena block..


Tak tahu la kena block berapa lama.. Jangan selamanya sudah la..


Banyak benda nak kongsi dengan pembaca aku ni.. Cerita semalam pun ada tak publish lagi.. Yang untuk hari ini pun ada dalam rangka lagi..


Traffik blog aku banyak juga datang dari facebook ini.. Bila jadi macam ni, nak publish pun malas. sebab tak leh ping kat facebook.. Maklumlah blog aku lebih pada isu semasa, kalau lambat publish.. ketinggalan zaman la aku.. huhu..


Ini kali kedua aku kena block dengan facebook.. haha..


Dulu aku kena block sebab pasal lain.. iaitu aku kumpulkan banyak link sekaligus dan ping..


Yang kena block kali pertama.. sampai 4 entri sekaligus tu.. haha


Contohnya aku kumpulkan entri dalam 1 hari itu.. Macam 5 entri sekaligus.. jadi aku pun ping kesemua secara pukal.. tak ping satu persatu..


Kemudian facebook bagi warning, kata aku spam sebab banyak sangat link aku ping.. Aku buat tak tau ja.. hahaha.


Akibat kedegilan nak ping juga, terus kena block.. Terpaku aku.. haha.. padan muka aku..


Yang kali ini pula, aku kena block sebab ping dalam jarak masa yang terlalu dekat dan ulang-ulang benda yang sama.


Ni yang terbaru punya.. hihi


Macam-macam la facebook ini.. Aku rasa dulu lagi cepat aku ping.. Dalam 5 minit boleh siap ping ke semua group facebook..


Sekarang ini, 30 minit baru nak siap ping.. Sebab line slow sikit..


Jadi setelah fikir dan fikir.. mungkin salah aku sebab asyik merungut ja pasal facebook ini.. Sebab tu kot kena block..


Sebelum kena block kali kedua ini, ada la aku duk tak puas hati dengan facebook ini..


Ini la balasan pada orang yang tak reti bersyukur dengan apa yang ada. haha..


Semua nak benda yang perfect.. Kira untung la ada facebook ini kan.. Dah la ada video call pula sekarang ini.. hehe..


Malas dah nak merungut, aku ada tangkap gambar pasal yang aku tak puas hati dengan gambar facebook ini.. Meh la tengok, kot ada yang pernah jadi macam ini.. hehe..





Yang ini time ping kat group.. kadang-kadang ja terjadi.. 






Yang perkataan belakang tu, tak jumpa aku cari simbol tu kat keyboard aku.. haha







yang ini saat-saat nak kena block dah.. haha.. tengok perkataan belakang tu, siap terbalik lagi.. haha






tunjuk online, tapi tak boleh chat.. haha.. 



p/s: jangan cepat mengalah.. hehe

Wednesday, July 6, 2011

Pengomen Terbanyak Bulan Jun 2011. Terima Kasih Semua

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Semua..


Disebabkan agak sibuk sikit, aku tak sempat update tentang ini pada waktu yang lebih sesuai (pada 1/7/2011)..


OK, untuk bulan Jun 2011 yang lepas.. Bilangan komen blog kat blog tak la hebat sangat.. Tapi aku bersyukur sangat-sangat sebab masih ada yang sudi meninggalkan komen di blog ini.. Jutaan terima kasih kepada anda semua..


Meh tengok sama-sama senarai pengomen terbanyak untuk bulan Jun yang lalu..


Jadi berdasarkan senarai diatas..



Pertama MUMTAZ (12 Komen)


Kedua ZAM (10 Komen)


Ketiga FADZMIE dan CINDERELLA CELOP (9 Komen)

Dan lain-lain yang turut memeriahkan blog ini..


ZOOL (8 Komen)


AIRNESLOBENG (6 Komen)


PUTERADUYONG (5 Komen)


ALIF HARIS (5 Komen)


SOBRI MANSOR (4 Komen)


EKSPRESI RUANG (4 Komen)


TERIMA KASIH SEMUA..


Pengomen-pengomen ini aku masukkan dalam bloglist aku.. Senang sikit nak terjah balik.. hehe..


p/s: siap juga entri ini..

Tuesday, July 5, 2011

Wordless Wednesday #4

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Semua..

Ok untuk kali ke 4 nya aku ingin kongsikan gambar kepada pembaca blog aku..

Semua sudah tahu apa itu Wordless Wednesday kan.. tak usah lagi dijelaskan lebih mendalam rasanya..

kalau tak tahu, tanya ja kat komen.. hehehe..

Ok la.. lihat gambar di bawah ini..

Hehehe.. aku tahu mesti ada yang tahu..

p/s: minggu lepas terlepas Wordless Wednesday.. huhu

Tuesday, June 21, 2011

Wordless Wednesday #3

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Semua.

Sebelum itu, aku nak katakan bahawa gambar di bawah ini gambar betul.. hehe

Aku mana pandai nak edit-edit gambar sangat.. hihihi..

Jom tengok gambarnya sempena wordless wednesday ini.


p/s: banyak cerita disebalik gambar ini.. hehe.. teringat kembali zaman dulu-dulu.. hahaha

Thursday, June 16, 2011

Ulasan Wordless Wednesday #2 aku: Ianya Gambar Betul

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Semua.


Disebabkan ramai yang bertanya tentang gambar Wordless Wednesday ke-2 aku.. Jadi, perlu rasanya aku memberi sedikit penjelasan tentang gambar tersebut.. Aku rasanya ianya perlu dijelaskan supaya ianya tidak menjadi tanda tanya kepada pembaca blog ini..



Gambar tersebut sememangnya original.. Dan aku juga berada di situ ketika gambar tersebut diambil.


Gambar ini adalah sebuah tugu yang di bina di Pulau Bidong, Terengganu..



Tugu

Jadi apa kena mengena pulau bidong dengan orang vietnam ini? Jawapannya seperti di bawah.. Aku copy paste dari wikipedia.. disertakan dengan gambar yang aku ada.


Pulau Bidong sememangnya kekal dalam ingatan rakyat Malaysia dan dunia sebagai tempat penempatan pelarian Vietnam sementara antara 1975 - 1990.



Pulau Bidong

Zaman pelarian Vietnam bermula dengan kejatuhan kerajaan demokratik Vietnam Selatan yang disokong Amerika Syarikat ke tangan kerajaan komunis Vietnam Utara pada April 1975. Susulan dengan itu, rakyat Vietnam yang merasa terancam nyawa mereka mula melarikan diri kenegara luar, termasuk melalui jalan laut untuk sampai kenegara lain termasuk Malaysia.



Bar..

Pendaratan di Malaysia yang pertama adalah pada bulai Mei 1975 apabila sekumpulan pelarian Vietnam yang pertama mendarat di Malaysia di Pulau Perhentian, Besut. Ia kemudiannya diikuti oleh beberapa siri pendaratan lain sehingga meningkat kepada 1,400 pelarian pada 1977. Pada Ogos 1978, melalui pewartaan PU(A) 227, kerajaan negeri Terengganu bersetuju mengistiharkan Pulau Bidong sebagai pusat penempatan pelarian Vietnam. Kesannya, nelayan tidak dibenarkan menggunakan perairan pulau ini pada jarak 182 dari pulau dan pulau Bidong diistihar sebagai pulau larangan.



aku tak tahu apa tempat ni, kubur kot..

Pelarian Vietnam mendarat saban hari, walaupun pada musim tengkujuh, dan jumlah mereka yang terkorban kerana tenggelam dipukul ribut tidak dapat dipastikan dengan tepat, bagaimanapun dianggarkan jumlah kematian pastinya tinggi, disebabkan faktor penggunaan kapal yang tidak sesuai bagi pelayaran jauh disebabkan terlalu lapuk, usang/ jenis kegunaan sungai sahaja, faktor serangan lanun, jumlah penumpang yang selalunya melebihi had selamat, pelayaran dilakukan pada musim ombak besar, kekurangan bekalan makanan, kerosakan enjin, dll.



Tinggalan bahagian dalam kapal (enjin)

Jumlah pelarian paling tinggi pada sesuatu pelayaran adalah pendaratan kapal Hai Hong di Pelabuhan Klang pada November 1978 dengan sejumlah 2,400 pelarian di atasnya.



Rumah yang masih tak roboh sepenuhnya.. Ada banyak lagi yang tak roboh.

Kemuncak penempatan di pulau Bidung berlaku pada 1978 dengan 60,000 orang tinggal di pulau Bidung pada satu-satu masa, dan 20,000 berjaya dipindahkan ke negara ketiga pada akhir tahun yang sama.



Gereja pun ada..

Di antara 1978-1990 jumlah pendaratan pelarian Vietnam ke Malaysia adalah 252,390 dan seramai 4,535 bayi direkodkan kelahirannya. Pulau Bidong dikosongkan sepenuhnya pada 1991.



Kuil

Bekas pelarian pulau Bidong telah mendirikan 2 tugu peringatan di pulau tersebut, bagi memperingati rakan-rakan mereka yang terkorban.



Tugu 1 lagi rasanya..

Sumber ulasan http://ms.wikipedia.org/wiki/Pulau_Bidung


Harap faham, aku pun tak banyak ingat pasal ini.. Setakat itu saja aku mampu buktikan bahawa ianya gambar betul..


Jika anda masih ingat, pada tahun lepas.. Heboh tentang pulau bidong ini.. iaitu tentang kisah anak pulau bidong yang masuk paper kosmo.. Dimana seorang pemuda austria mencari seorang lelaki tempatan yang bernama Ali.. Pemuda Austria itu adalah anak pulau bidong (lahir di pulau bidong).. Ali pula seorang Askar yang telah menolong ibu bapa pemuda itu semasa di Pantai Merang, Setiu, Terengganu. Senang cerita, pemuda austria itu keturunan vietnam (ibu bapanya orang vietnam)..


Kalau nak baca lagi tentang pemuda austria itu, boleh rujuk keratan akhbar kosmo ini..


http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0913&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm

Pemuda austria itu juga telah buat dokumentari pendek tentang pulau bidong ini iaitu Tomorrow You Will Leave


Kalau mahu tonton dokumentari tersebut, klik link di bawah ini..


http://www.dokweb.net/en/documentary-network/east-european-docs/-tomorrow-you-will-leave-786/


Setakat itu saja. hehe.. link akbar kosmo itu pun banyak cerita tentang pulau bidong ini..


Ada sedikit tambahan maklumat..


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0405&pub=Utusan_Malaysia&sec=Timur&pg=wt_01.htm


Dari akhbar utusan pun ada juga..


p/s: sorry sebab banyak bagi link.. sebab pada mulanya aku rasa sumber wikipedia itu pun dah cukup untuk anda semua faham.. yang link selain wikipedia itu hanya untuk rujukan bersama.. hihi

Wednesday, June 15, 2011

Hisap Batang diatas Kematian Osama bin Laden

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Semua.


Aku tak sangka keyword hisap batang ini menjadi kegilaan ramai orang. .


Seperti tajuk entri aku ini.. Hisap  batang berada diatas Kematian Osama bin Laden. Maksudnya di sini, orang lebih banyak mencari keyword hisap batang ini jika dibandingkan dengan keyword Kematian Osama bin Laden ini.


Statistik ini aku ambil statistik dari pihak nuffnang..


Tengok gambar di bawah ini.


Bukan sahaja hisap batang, isap batang pun ada juga.. haha..


Entri untuk hisap batang, aku hanya buat 1 sahaja.. Entri kematian osama lagi banyak aku buat.. tapi hisap batang dapat mengalahkan entri osama itu..


Aku pun tak nak ulas panjang-panjang tentang ini, sebab aku pun tak tahu kenapa ramai sangat mencari benda ini.. hehe


Dan yang menjadi persoalan, lelaki atau perempuan yang mencari benda ini?..


p/s: Kekurangan idea nak tulis.. haha

Tuesday, June 14, 2011

Wordless Wednesday #2

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Semua.

Untuk kali keduanya aku turut serta memeriahkan wordless wednesday ini..

Harap ramai yang dah tahu tentang wordless wednesday ini. Yang masih tak tahu boleh rujuk SINI.

Ok la..  Tanpa membuang masa.. Jom lihat entri Wordless Wednesday untuk kali ini.


p/s: lalalala

Friday, June 10, 2011

10 Negara yang Anti Blogger

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Semua.


Blogger sekarang ini umpama cendawan tumbuh selepas hujan.. Semakin hari semakin banyak blog wujud di muka bumi ini.. Hal ini juga berlaku di negara kita iaitu Malaysia.. Kewujudan blog ini ada memberi kesan positif dan juga kesan negatifnya mengikut cara penyampaian dalam sesebuah blog itu.. Dan blog juga ada yang percuma dan ada yang berbayar. hehe..


Dah la mukadimah aku tu.. hehe..


Sekarang jom kita lihat senarai negara yang anti kepada para blogger..



1. BURMA

Burma merupakan Negara yang memantau dengan ketat saluran media cetak dan juga media massa.Kini burma juga mulai menghadkan aktiviti Blog dan Internet.tekanan bagi pengguna internet peribadi sangat kuat,sehingga banyak penduduk burma mengakses internet melalui cyber cafe.kerajaan burma juga membuat peraturan yang ketat bagi cyber cafe dan saluran internet.bahkan kerajaan burma juga memantau email dan cara komunikasi lainnya dan juga menutup akses blog milik kelompok pembangkang.setidak-tidaknya ada dua blogger yang telah masuk penjara,seperti Maung Thura yang dikenali dengan nama Zarnagar.Zarnagar dipenjara kerana telah membuat video mengenai Cyclone Nargis 2008.

===============================================================
2. IRAN

Negara Iran tidak segan-segan menahan para blogger yang mengkritik mengenai agama,ahli politik,revolusi islam dan simbolnya.kerajaan juga meminta seluruh blogger mendaftarkan blog  ke kementerian seni dan budaya.kerajaan iran juga telah menutup jutaan blog dan juga membentuk suruhanjaya khusus dalam menangani masalah internet dan blogger.Blogger Omidreza Mirsayafi telah dimasukkan ke dalam penjara kerana didakwa menghina pemimpin agama.Blogger Omidreza Mirsayafi meninggal di penjara Evin pada bulan mac 2009.

===============================================================
3. SYRIA

Kerajaan Syria menapis blog yang sensitif pada politik.para blogger boleh ditahan jika terbukti membuat blog yang mengkritik kerajaan.pada tahun 2008,menteri komunikasi memerintahkan para pemilik cyber cafe untuk mencatat setiap pelanggan yang melanggan akses internet di premis masing-masing dan mengirimkan maklumat tersebut secara berkala ke kementerian komunikasi.Whaed al-Mhana,seorang blogger mengenai arkeologi telah ditahan oleh kerajaan syria kerana membuat tulisan mengenai letupan di pasar bandar tertua di damaskus.

===============================================================
4. CUBA

Di cuba hanya pejabat kerajaan dan orang-orang dari parti komunis sahaja yang boleh mengakses internet.pada umumnya,penduduk cuba menggunakan internet melalui hotel dan cyber cafe yang dikawal ketat oleh kerajaan cuba.kerajaan cuba saat ini telah menahan seramai 21 blogger.

===============================================================
5. ARAB SAUDI

Sebanyak 400 ribu blog telah ditutup oleh kerajaan arab saudi berhubung dengan masalah politik,sosial dan isu-isu agama.kerajaan dengan segera menutup blog yang mengkritik negara dan sistem perundangannya.Blogger Ahmed al-Farhan dipenjara tanpa diadili untuk beberapa bulan pada tahun 2007 dan 2008 kerana menyuarakan perubahan dan pembebasan tahanan politik.

===============================================================
6. VIETNAM

para blogger di vietnam berani menceritakan berita-berita tentang politik di blog kerana media tradisional di sana telah dikawal oleh kerajaan.namun akhirnya diketahui oleh kerajaan yang kemudian membuat peraturan khas untuk blogger.blogger terkenal Nguyen Van Hai,yang lebih dikenali Dieu Cay dijatuhi hukuman 30 bulan penjara atas tuduhan mengelak membayar cukai.dalam penyelidikan CPJ memberitahu bahawa hukuman tersebut sebagai balasan terhadap Nguyen yang berani mengkritik kerajaan vietnam.pada oktober 2008,menteri komunikasi dan maklumat telah menubuhkan pasukan khusus untuk memantau internet.

===============================================================
7. TUNISIA

Seluruh saluran internet di tapis oleh kerajaan tunisia,dan kerajaan juga memantau email milik para aktivis dan para blogger.penulis blogger Slim Boukhdhir dan Mohammed Abbou dipenjara kerana tulisannya yang mengkritik kerajaan tunisia

===============================================================
8. CHINA

hampir 300 juta orang menggunakan internet di china,melebihi negara manapun di dunia.Namun kerajaan china masih mampu mengawasi pengguna online di china.Kawalan yang ketat juga dilakukan terhadap pengguna email di china.Sekurang-kurangnya seramai 24 blogger telah dimasukkan ke penjara oleh kerajaan china.Pada tahun 2008,Pejabat kementerian yang bertanggungjawab dalam menghapus pornografi dan hak milik ilegal mengumumkan telah berhasil menutup lebih dari 2 juta blog haram di negara cina itu.

===============================================================
9. TURKMENISTAN

Presiden Gurbanguly Berdymukhammedov telah membuka negaranya kapada dunia luar dengan menyediakan saluran internet bagi penduduk di negaranya.namun cyber cafe pertama di negara tersebut pada tahun 2007 telah dijaga denga ketat 'setengah mati' oleh askar kerajaan.walaupun jaringan telekomunikasi Russia MTS,telah memasuki pasaran turkmenistan yang menawarkan akses internet melalui telepon bimbit pada jun 2008,tetap juga tidak terlepas dari pengawasan oleh kerajaan turkmenistan dalam rangka usaha menghindari wujudnya blog yang mengkritik kerajaan turkmenistan.

===============================================================
10. MESIR

Semua saluran komunikasi melalui internet di mesir dikendalikan oleh syarikat milik kerajaan Egypt Telecom.. setidak-tidaknya tercatat 100 blogger telah di tahan oleh kerajaan mesir pada tahun 2008. Blogger Karim Suleiman, yang dikenali dengan nama karim amer dipenjara selama 4 tahun kerana menghina islam dan presiden mesir Hosni Mubarak.

p/s: saya adalah blogger newbie. hehe


sumber maklumat sosial cute



Wednesday, June 8, 2011

Cara mudah menghilangkan jerawat

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Semua..


Entri ini bukannya tentang diri aku.. tetapi tentang 2 orang member aku ini.. Aku ada terbaca kat profile facebook salah seorang dari mereka.. Dimana mereka menceritakan tentang tips untuk menghilangkan jerawat bukan dara k.. Salah seorang ada masalah jerawat, dan seorang lagi mahu membantu seorang lagi dengan caranya yang tersendiri.


Mereka yang aku maksudkan adalah Jue Nara dan Mumtaz Dolah..


Tanpa melengahkan masa, jom lihat perbualan mereka berdua tentang cara menghilangkan jerawat.


sabar ye kak jue.. hahaha..


Sebenarnya ini hanyalah rekaan semata mata..


Jangan marah Kak jue dengan Mumtaz.. sekadar hiburan..


p/s: lama tak buat entri macam ini.. hehe


sumber idea di SINI..



 

Wordless Wednesday #1

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Semua.

Ini kali pertama aku join acara ini..  Bagi yang belum tahu, sila baca maksudnya di bawah ini..







Maksud Wordless Wednesday : Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa-apa description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa-apa penjelasan :)



Ini Gambar Pertama aku.. weeeeeeeeee..



p/s: senyum, tak perlu kata apa-apa..

Tuesday, June 7, 2011

Aku Menari dengan Pemain Bola Sepak di atas Bumbung Rumah sebab..

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Semua.

Sebelum aku sambung ayat entri aku itu.. lebih baik aku bagi tahu sikit sebab apa entri aku berbunyi begitu.. hehe

Sebenarnya, masa aku blogwalking tadi.. aku ada terjumpa satu entri di blog apikpehe.com di entri yang ini.. Aku pun pelik tajuk entri dia pelik semacam ja (macam tajuk entri aku ni).. jadi, aku baca la sebab tajuk entri dia macam tu..

Rupa-rupanya tajuk itu terjadi sebab  ia macam sebuah permainan.. macam permainan sambung ayat pula.. haha

Jadi, aku pun nak kongsikan dengan pembaca blog aku.. Jom la main sama-sama..

Caranya mudah sahaja.. anda semua perlu sambung ayat-ayat tersebut menjadi satu ayat yang lebih lengkap..

1-Ambil ayat dari bulan korang lahir:
January--------aku sepak
February-------aku lompat atas
March-----------aku karate
April-------------aku cium
May--------- ----aku terajang
June-------------aku peluk
July--------------aku buat sardin dengan
August-----------aku makan dengan
September------aku menari dengan
October----------aku menyanyi dengan
November-------aku jelir lidah kat
December-------aku lari keliling

2-Ambil ayat dari hari lahir korang
1------- burung hantu
2------- makluk asing
3--------public phone
4------- basikal aku
5------- lelaki salji
6------- gangster kampung
7--------mobile telefon aku
8--------hantu jepon
9--------kawan baik nenek aku
10-------kawan lembu aku
11-------cikgu lama aku
12-------kerbau ayah kawan aku
13-------ahli bomba
14-------lembu mak aku
15-------kambing ayah aku
16-------kapak mak aku
17-------lesung batu
18-------pedang aku
19------ lelaki lembut
20-------tikus adik aku
21------ ninja
22-------Chuck Norris
23-------mee kari adik aku
24-------kambing aku
25-------pemain bola sepak
26-------buaya
27-------ayam serama
28-------ipod aku
29-------kucing engkau
30-------kutu rayau
31-------hantu jepun

3-Ambil ayat dari hujung tahun korang di lahirkan
1--------- di dalam kereta aku
2 ---------di atas katil engkau
3 ---------di dalam jamban
4 ---------di bawah katil
5 ---------di atas motosikal
6 ---------di bawah jambatan
7 ---------di atas bumbung rumah
8----------masa makan atas meja
9 -------- semasa jalan2 cari kucing adik aku
0 -------- di dalam bilik tokwan

4-Ambil ayat dari color yang korang suka:
putih---------sebab aku suka macam tu
hitam--------sebab aku memang degil
Pink----------sebab aku memang terer
merah-------sebab ade suara yang bagitau aku
biru----------sebab aku seksi dan aku boleh buat
hijau---------sebab aku betul2 serius nak lakukan
Purple-------sebab ada orang suruh
kelabu-------sebab aku tak boleh control diri aku
kuning-------sebab ade orang ofer aku 10 rm
Orange------sebab aku pikir aku bijak
cokelat------sebab aku memang boleh buat
lain2---------sebab diri aku seorang ninja!

Aku Menari dengan Pemain Bola Sepak di atas Bumbung Rumah sebab..

memandangkan aku suka warna biru..

Jadi, ayat lengkapnya berbunyi begini..

Aku Menari dengan Pemain Bola Sepak di atas Bumbung Rumah sebab aku seksi dan aku boleh buat..

hahaha.. lawak betul ayat aku ini.. aku seksi sangat kot sampai ada pemain bola (pemain bola perempuan. hehe) sanggup menari dengan aku atas bumbung rumah..

UPDATE..

nak yang lebih pendek sikit..

Sila lah ke SINI..

p/s:anda try la cuba pula.. huhu

sumber ini datangnya dari blog apikpehe.com

Monday, June 6, 2011

Main dengan Kucing

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Semua..


Kucing oh kucing.. sekarang ini rumah aku, dah ada pelihara anak kucing.. hehe.. Ia masih kecil, tapi aku dengan member serumah aku tabah menjaganya.. walaupun kucing ini susah nak di jaga.. huhu.. maklum la masih kecil, nak makan pun kena suap, minum pun kena suap.. Bila kenyang, tidor.. lepas tu bangun.. nak main-main.. penat melayan juga.. haha..


Sebenarnya aku bukan nak cerita sangat pasal kucing yang aku dengan member aku jaga tu.. Kalau nak cerita pasal anak kucing tu, mau berjela jela entri ini...


Aku nak kongsikan satu game pasal kucing.. Game jaga kucing.. haha..


http://www.seenandshared.com/circle-the-cat.htm


klik link kat atas tu.. lepas tu dah boleh main..


Caranya mudah saja,..


Halang kucing tersebut jangan bagi keluar dari petak hijau cerah tu..


Senang cerita, kita kurung kucing tu.. hehe



Aku dah berjaya kurung ni.. haha..


anda try la pula..


p/s: sekadar hilangkan boring.. hehe