Pages

Thursday, June 16, 2011

Ulasan Wordless Wednesday #2 aku: Ianya Gambar Betul

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Semua.


Disebabkan ramai yang bertanya tentang gambar Wordless Wednesday ke-2 aku.. Jadi, perlu rasanya aku memberi sedikit penjelasan tentang gambar tersebut.. Aku rasanya ianya perlu dijelaskan supaya ianya tidak menjadi tanda tanya kepada pembaca blog ini..



Gambar tersebut sememangnya original.. Dan aku juga berada di situ ketika gambar tersebut diambil.


Gambar ini adalah sebuah tugu yang di bina di Pulau Bidong, Terengganu..



Tugu

Jadi apa kena mengena pulau bidong dengan orang vietnam ini? Jawapannya seperti di bawah.. Aku copy paste dari wikipedia.. disertakan dengan gambar yang aku ada.


Pulau Bidong sememangnya kekal dalam ingatan rakyat Malaysia dan dunia sebagai tempat penempatan pelarian Vietnam sementara antara 1975 - 1990.



Pulau Bidong

Zaman pelarian Vietnam bermula dengan kejatuhan kerajaan demokratik Vietnam Selatan yang disokong Amerika Syarikat ke tangan kerajaan komunis Vietnam Utara pada April 1975. Susulan dengan itu, rakyat Vietnam yang merasa terancam nyawa mereka mula melarikan diri kenegara luar, termasuk melalui jalan laut untuk sampai kenegara lain termasuk Malaysia.



Bar..

Pendaratan di Malaysia yang pertama adalah pada bulai Mei 1975 apabila sekumpulan pelarian Vietnam yang pertama mendarat di Malaysia di Pulau Perhentian, Besut. Ia kemudiannya diikuti oleh beberapa siri pendaratan lain sehingga meningkat kepada 1,400 pelarian pada 1977. Pada Ogos 1978, melalui pewartaan PU(A) 227, kerajaan negeri Terengganu bersetuju mengistiharkan Pulau Bidong sebagai pusat penempatan pelarian Vietnam. Kesannya, nelayan tidak dibenarkan menggunakan perairan pulau ini pada jarak 182 dari pulau dan pulau Bidong diistihar sebagai pulau larangan.



aku tak tahu apa tempat ni, kubur kot..

Pelarian Vietnam mendarat saban hari, walaupun pada musim tengkujuh, dan jumlah mereka yang terkorban kerana tenggelam dipukul ribut tidak dapat dipastikan dengan tepat, bagaimanapun dianggarkan jumlah kematian pastinya tinggi, disebabkan faktor penggunaan kapal yang tidak sesuai bagi pelayaran jauh disebabkan terlalu lapuk, usang/ jenis kegunaan sungai sahaja, faktor serangan lanun, jumlah penumpang yang selalunya melebihi had selamat, pelayaran dilakukan pada musim ombak besar, kekurangan bekalan makanan, kerosakan enjin, dll.



Tinggalan bahagian dalam kapal (enjin)

Jumlah pelarian paling tinggi pada sesuatu pelayaran adalah pendaratan kapal Hai Hong di Pelabuhan Klang pada November 1978 dengan sejumlah 2,400 pelarian di atasnya.



Rumah yang masih tak roboh sepenuhnya.. Ada banyak lagi yang tak roboh.

Kemuncak penempatan di pulau Bidung berlaku pada 1978 dengan 60,000 orang tinggal di pulau Bidung pada satu-satu masa, dan 20,000 berjaya dipindahkan ke negara ketiga pada akhir tahun yang sama.



Gereja pun ada..

Di antara 1978-1990 jumlah pendaratan pelarian Vietnam ke Malaysia adalah 252,390 dan seramai 4,535 bayi direkodkan kelahirannya. Pulau Bidong dikosongkan sepenuhnya pada 1991.



Kuil

Bekas pelarian pulau Bidong telah mendirikan 2 tugu peringatan di pulau tersebut, bagi memperingati rakan-rakan mereka yang terkorban.



Tugu 1 lagi rasanya..

Sumber ulasan http://ms.wikipedia.org/wiki/Pulau_Bidung


Harap faham, aku pun tak banyak ingat pasal ini.. Setakat itu saja aku mampu buktikan bahawa ianya gambar betul..


Jika anda masih ingat, pada tahun lepas.. Heboh tentang pulau bidong ini.. iaitu tentang kisah anak pulau bidong yang masuk paper kosmo.. Dimana seorang pemuda austria mencari seorang lelaki tempatan yang bernama Ali.. Pemuda Austria itu adalah anak pulau bidong (lahir di pulau bidong).. Ali pula seorang Askar yang telah menolong ibu bapa pemuda itu semasa di Pantai Merang, Setiu, Terengganu. Senang cerita, pemuda austria itu keturunan vietnam (ibu bapanya orang vietnam)..


Kalau nak baca lagi tentang pemuda austria itu, boleh rujuk keratan akhbar kosmo ini..


http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0913&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm

Pemuda austria itu juga telah buat dokumentari pendek tentang pulau bidong ini iaitu Tomorrow You Will Leave


Kalau mahu tonton dokumentari tersebut, klik link di bawah ini..


http://www.dokweb.net/en/documentary-network/east-european-docs/-tomorrow-you-will-leave-786/


Setakat itu saja. hehe.. link akbar kosmo itu pun banyak cerita tentang pulau bidong ini..


Ada sedikit tambahan maklumat..


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0405&pub=Utusan_Malaysia&sec=Timur&pg=wt_01.htm


Dari akhbar utusan pun ada juga..


p/s: sorry sebab banyak bagi link.. sebab pada mulanya aku rasa sumber wikipedia itu pun dah cukup untuk anda semua faham.. yang link selain wikipedia itu hanya untuk rujukan bersama.. hihi

7 comments:

puteraduyong said...

pulau bidong....patut dikomersialkan...

alif haris said...

woah info baru ni ... ta pernah taw before ni .. hu3

Ekspresi Ruang said...

baru tau psl ni. suka dgn info2 sejarah yg dilupakan camni

Datok SM Salim said...

owh...begitu rupanya.......

akuorgkmpng said...

hehe.. sbnarnya pulau ni d bwah prjgaan UMT..
UMT jaga pulau ini utk pelajarnya..
utk buat program, kajian kt pulau itu..

mUmTaZ said...

Oww, gitu rupa nya kesah Pulau Bidong ye.. Pulau ni di biar kosong ke skg ni?

akuorgkmpng said...

tak kosong.. sbb UMT jaga..
tiap2 kali plajar baru masuk akan dibwa ke pulau ini utk 1 program..

Post a Comment