Pages

Friday, June 10, 2011

10 Negara yang Anti Blogger

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Semua.


Blogger sekarang ini umpama cendawan tumbuh selepas hujan.. Semakin hari semakin banyak blog wujud di muka bumi ini.. Hal ini juga berlaku di negara kita iaitu Malaysia.. Kewujudan blog ini ada memberi kesan positif dan juga kesan negatifnya mengikut cara penyampaian dalam sesebuah blog itu.. Dan blog juga ada yang percuma dan ada yang berbayar. hehe..


Dah la mukadimah aku tu.. hehe..


Sekarang jom kita lihat senarai negara yang anti kepada para blogger..



1. BURMA

Burma merupakan Negara yang memantau dengan ketat saluran media cetak dan juga media massa.Kini burma juga mulai menghadkan aktiviti Blog dan Internet.tekanan bagi pengguna internet peribadi sangat kuat,sehingga banyak penduduk burma mengakses internet melalui cyber cafe.kerajaan burma juga membuat peraturan yang ketat bagi cyber cafe dan saluran internet.bahkan kerajaan burma juga memantau email dan cara komunikasi lainnya dan juga menutup akses blog milik kelompok pembangkang.setidak-tidaknya ada dua blogger yang telah masuk penjara,seperti Maung Thura yang dikenali dengan nama Zarnagar.Zarnagar dipenjara kerana telah membuat video mengenai Cyclone Nargis 2008.

===============================================================
2. IRAN

Negara Iran tidak segan-segan menahan para blogger yang mengkritik mengenai agama,ahli politik,revolusi islam dan simbolnya.kerajaan juga meminta seluruh blogger mendaftarkan blog  ke kementerian seni dan budaya.kerajaan iran juga telah menutup jutaan blog dan juga membentuk suruhanjaya khusus dalam menangani masalah internet dan blogger.Blogger Omidreza Mirsayafi telah dimasukkan ke dalam penjara kerana didakwa menghina pemimpin agama.Blogger Omidreza Mirsayafi meninggal di penjara Evin pada bulan mac 2009.

===============================================================
3. SYRIA

Kerajaan Syria menapis blog yang sensitif pada politik.para blogger boleh ditahan jika terbukti membuat blog yang mengkritik kerajaan.pada tahun 2008,menteri komunikasi memerintahkan para pemilik cyber cafe untuk mencatat setiap pelanggan yang melanggan akses internet di premis masing-masing dan mengirimkan maklumat tersebut secara berkala ke kementerian komunikasi.Whaed al-Mhana,seorang blogger mengenai arkeologi telah ditahan oleh kerajaan syria kerana membuat tulisan mengenai letupan di pasar bandar tertua di damaskus.

===============================================================
4. CUBA

Di cuba hanya pejabat kerajaan dan orang-orang dari parti komunis sahaja yang boleh mengakses internet.pada umumnya,penduduk cuba menggunakan internet melalui hotel dan cyber cafe yang dikawal ketat oleh kerajaan cuba.kerajaan cuba saat ini telah menahan seramai 21 blogger.

===============================================================
5. ARAB SAUDI

Sebanyak 400 ribu blog telah ditutup oleh kerajaan arab saudi berhubung dengan masalah politik,sosial dan isu-isu agama.kerajaan dengan segera menutup blog yang mengkritik negara dan sistem perundangannya.Blogger Ahmed al-Farhan dipenjara tanpa diadili untuk beberapa bulan pada tahun 2007 dan 2008 kerana menyuarakan perubahan dan pembebasan tahanan politik.

===============================================================
6. VIETNAM

para blogger di vietnam berani menceritakan berita-berita tentang politik di blog kerana media tradisional di sana telah dikawal oleh kerajaan.namun akhirnya diketahui oleh kerajaan yang kemudian membuat peraturan khas untuk blogger.blogger terkenal Nguyen Van Hai,yang lebih dikenali Dieu Cay dijatuhi hukuman 30 bulan penjara atas tuduhan mengelak membayar cukai.dalam penyelidikan CPJ memberitahu bahawa hukuman tersebut sebagai balasan terhadap Nguyen yang berani mengkritik kerajaan vietnam.pada oktober 2008,menteri komunikasi dan maklumat telah menubuhkan pasukan khusus untuk memantau internet.

===============================================================
7. TUNISIA

Seluruh saluran internet di tapis oleh kerajaan tunisia,dan kerajaan juga memantau email milik para aktivis dan para blogger.penulis blogger Slim Boukhdhir dan Mohammed Abbou dipenjara kerana tulisannya yang mengkritik kerajaan tunisia

===============================================================
8. CHINA

hampir 300 juta orang menggunakan internet di china,melebihi negara manapun di dunia.Namun kerajaan china masih mampu mengawasi pengguna online di china.Kawalan yang ketat juga dilakukan terhadap pengguna email di china.Sekurang-kurangnya seramai 24 blogger telah dimasukkan ke penjara oleh kerajaan china.Pada tahun 2008,Pejabat kementerian yang bertanggungjawab dalam menghapus pornografi dan hak milik ilegal mengumumkan telah berhasil menutup lebih dari 2 juta blog haram di negara cina itu.

===============================================================
9. TURKMENISTAN

Presiden Gurbanguly Berdymukhammedov telah membuka negaranya kapada dunia luar dengan menyediakan saluran internet bagi penduduk di negaranya.namun cyber cafe pertama di negara tersebut pada tahun 2007 telah dijaga denga ketat 'setengah mati' oleh askar kerajaan.walaupun jaringan telekomunikasi Russia MTS,telah memasuki pasaran turkmenistan yang menawarkan akses internet melalui telepon bimbit pada jun 2008,tetap juga tidak terlepas dari pengawasan oleh kerajaan turkmenistan dalam rangka usaha menghindari wujudnya blog yang mengkritik kerajaan turkmenistan.

===============================================================
10. MESIR

Semua saluran komunikasi melalui internet di mesir dikendalikan oleh syarikat milik kerajaan Egypt Telecom.. setidak-tidaknya tercatat 100 blogger telah di tahan oleh kerajaan mesir pada tahun 2008. Blogger Karim Suleiman, yang dikenali dengan nama karim amer dipenjara selama 4 tahun kerana menghina islam dan presiden mesir Hosni Mubarak.

p/s: saya adalah blogger newbie. hehe


sumber maklumat sosial cute



22 comments:

mUmTaZ said...

Jgn pulak pas ni Msia ikut jejak langkah dorang udh..

diana said...

dari situ je dah nampak
kuasa penulisan seorang blogger..heheh..
sikit hari lagi malaysia pulak..
blog yang mengkritik kerajaan
dah sama banyak dengan blog suka suki
sekarang ni..:p

fay said...

baru tau info ni.. hehe :)

wan mohd salim said...

biar betol .. huhuhuhu ape la dorang dok larang2 ni ... ishhhhhhhh

hana said...

naseb baek Malaysia x de..
huhu

syafik said...

APE-APE PUN KITE KENA BERSYUKUR DUDUK DI MALAYSIA

akuorgkmpng said...

hahaha..
msia ok lgi..

akuorgkmpng said...

aku pun bru tau gak.. hihi

akuorgkmpng said...

haha...
yg kena tahan tu smua jnis kaki kritik kuat tu..
jgn kita jdi mcm depa dh la.. hehe

akuorgkmpng said...

betoi2.. syukur la apa yg ada..hehe

akuorgkmpng said...

selamat lagi la.. hehe

puteraduyong said...

wah...kalau nampak kritikal...memang kena tutup..
tapi kita ok lagi...

p/s: saya pun blogger newbie... :)

rozuan said...

nasib baiklah Malaysia tidak mengharamkannya.saya sayang blog saya.

akuorgkmpng said...

haha.. blog kita ok lgi jika x kacau org.. hehehe

naz & sya said...

tak bestnyya...

anona said...

Bagus derang larang blog lucah dan copas kan??

akuorgkmpng said...

ermmm..
kbykkan blog yg dihalang adalah blog jnis kritik krjaan..

dhiera said...

Kalau kat vietnam, facebook pun kena block. nasib kat malaysia kita masih bebas lagi even sekarang nak block website yang download movie~

akuorgkmpng said...

ermmm..
jgn pas ni, sekat blog udah la.. hihi

Faisal Abdullah said...

Ini satu perkongsian yg sangat menarik =)

10 Negara Di Dunia Yang Anti-Blogger | 2Day Blogger-Perkongsian Ilmu & Berita Terkini Di Malaysia said...

[...] kan?Mari kita lihat 10 negara didunia yang anti-blogger @ internet.Entri ini telah ditulis oleh akumizi.com.Terima kasih http://akumizi.com kerana entri ini sangat menarik. 1. BURMA Burma merupakan Negara [...]

akuorgkmpng said...

thanks abg otai.. hihi

Post a Comment