Pages

Tuesday, June 21, 2011

Wordless Wednesday #3

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Semua.

Sebelum itu, aku nak katakan bahawa gambar di bawah ini gambar betul.. hehe

Aku mana pandai nak edit-edit gambar sangat.. hihihi..

Jom tengok gambarnya sempena wordless wednesday ini.


p/s: banyak cerita disebalik gambar ini.. hehe.. teringat kembali zaman dulu-dulu.. hahaha

Thursday, June 16, 2011

Ulasan Wordless Wednesday #2 aku: Ianya Gambar Betul

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Semua.


Disebabkan ramai yang bertanya tentang gambar Wordless Wednesday ke-2 aku.. Jadi, perlu rasanya aku memberi sedikit penjelasan tentang gambar tersebut.. Aku rasanya ianya perlu dijelaskan supaya ianya tidak menjadi tanda tanya kepada pembaca blog ini..



Gambar tersebut sememangnya original.. Dan aku juga berada di situ ketika gambar tersebut diambil.


Gambar ini adalah sebuah tugu yang di bina di Pulau Bidong, Terengganu..



Tugu

Jadi apa kena mengena pulau bidong dengan orang vietnam ini? Jawapannya seperti di bawah.. Aku copy paste dari wikipedia.. disertakan dengan gambar yang aku ada.


Pulau Bidong sememangnya kekal dalam ingatan rakyat Malaysia dan dunia sebagai tempat penempatan pelarian Vietnam sementara antara 1975 - 1990.



Pulau Bidong

Zaman pelarian Vietnam bermula dengan kejatuhan kerajaan demokratik Vietnam Selatan yang disokong Amerika Syarikat ke tangan kerajaan komunis Vietnam Utara pada April 1975. Susulan dengan itu, rakyat Vietnam yang merasa terancam nyawa mereka mula melarikan diri kenegara luar, termasuk melalui jalan laut untuk sampai kenegara lain termasuk Malaysia.



Bar..

Pendaratan di Malaysia yang pertama adalah pada bulai Mei 1975 apabila sekumpulan pelarian Vietnam yang pertama mendarat di Malaysia di Pulau Perhentian, Besut. Ia kemudiannya diikuti oleh beberapa siri pendaratan lain sehingga meningkat kepada 1,400 pelarian pada 1977. Pada Ogos 1978, melalui pewartaan PU(A) 227, kerajaan negeri Terengganu bersetuju mengistiharkan Pulau Bidong sebagai pusat penempatan pelarian Vietnam. Kesannya, nelayan tidak dibenarkan menggunakan perairan pulau ini pada jarak 182 dari pulau dan pulau Bidong diistihar sebagai pulau larangan.



aku tak tahu apa tempat ni, kubur kot..

Pelarian Vietnam mendarat saban hari, walaupun pada musim tengkujuh, dan jumlah mereka yang terkorban kerana tenggelam dipukul ribut tidak dapat dipastikan dengan tepat, bagaimanapun dianggarkan jumlah kematian pastinya tinggi, disebabkan faktor penggunaan kapal yang tidak sesuai bagi pelayaran jauh disebabkan terlalu lapuk, usang/ jenis kegunaan sungai sahaja, faktor serangan lanun, jumlah penumpang yang selalunya melebihi had selamat, pelayaran dilakukan pada musim ombak besar, kekurangan bekalan makanan, kerosakan enjin, dll.



Tinggalan bahagian dalam kapal (enjin)

Jumlah pelarian paling tinggi pada sesuatu pelayaran adalah pendaratan kapal Hai Hong di Pelabuhan Klang pada November 1978 dengan sejumlah 2,400 pelarian di atasnya.



Rumah yang masih tak roboh sepenuhnya.. Ada banyak lagi yang tak roboh.

Kemuncak penempatan di pulau Bidung berlaku pada 1978 dengan 60,000 orang tinggal di pulau Bidung pada satu-satu masa, dan 20,000 berjaya dipindahkan ke negara ketiga pada akhir tahun yang sama.



Gereja pun ada..

Di antara 1978-1990 jumlah pendaratan pelarian Vietnam ke Malaysia adalah 252,390 dan seramai 4,535 bayi direkodkan kelahirannya. Pulau Bidong dikosongkan sepenuhnya pada 1991.



Kuil

Bekas pelarian pulau Bidong telah mendirikan 2 tugu peringatan di pulau tersebut, bagi memperingati rakan-rakan mereka yang terkorban.



Tugu 1 lagi rasanya..

Sumber ulasan http://ms.wikipedia.org/wiki/Pulau_Bidung


Harap faham, aku pun tak banyak ingat pasal ini.. Setakat itu saja aku mampu buktikan bahawa ianya gambar betul..


Jika anda masih ingat, pada tahun lepas.. Heboh tentang pulau bidong ini.. iaitu tentang kisah anak pulau bidong yang masuk paper kosmo.. Dimana seorang pemuda austria mencari seorang lelaki tempatan yang bernama Ali.. Pemuda Austria itu adalah anak pulau bidong (lahir di pulau bidong).. Ali pula seorang Askar yang telah menolong ibu bapa pemuda itu semasa di Pantai Merang, Setiu, Terengganu. Senang cerita, pemuda austria itu keturunan vietnam (ibu bapanya orang vietnam)..


Kalau nak baca lagi tentang pemuda austria itu, boleh rujuk keratan akhbar kosmo ini..


http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0913&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm

Pemuda austria itu juga telah buat dokumentari pendek tentang pulau bidong ini iaitu Tomorrow You Will Leave


Kalau mahu tonton dokumentari tersebut, klik link di bawah ini..


http://www.dokweb.net/en/documentary-network/east-european-docs/-tomorrow-you-will-leave-786/


Setakat itu saja. hehe.. link akbar kosmo itu pun banyak cerita tentang pulau bidong ini..


Ada sedikit tambahan maklumat..


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0405&pub=Utusan_Malaysia&sec=Timur&pg=wt_01.htm


Dari akhbar utusan pun ada juga..


p/s: sorry sebab banyak bagi link.. sebab pada mulanya aku rasa sumber wikipedia itu pun dah cukup untuk anda semua faham.. yang link selain wikipedia itu hanya untuk rujukan bersama.. hihi

Wednesday, June 15, 2011

Hisap Batang diatas Kematian Osama bin Laden

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Semua.


Aku tak sangka keyword hisap batang ini menjadi kegilaan ramai orang. .


Seperti tajuk entri aku ini.. Hisap  batang berada diatas Kematian Osama bin Laden. Maksudnya di sini, orang lebih banyak mencari keyword hisap batang ini jika dibandingkan dengan keyword Kematian Osama bin Laden ini.


Statistik ini aku ambil statistik dari pihak nuffnang..


Tengok gambar di bawah ini.


Bukan sahaja hisap batang, isap batang pun ada juga.. haha..


Entri untuk hisap batang, aku hanya buat 1 sahaja.. Entri kematian osama lagi banyak aku buat.. tapi hisap batang dapat mengalahkan entri osama itu..


Aku pun tak nak ulas panjang-panjang tentang ini, sebab aku pun tak tahu kenapa ramai sangat mencari benda ini.. hehe


Dan yang menjadi persoalan, lelaki atau perempuan yang mencari benda ini?..


p/s: Kekurangan idea nak tulis.. haha

Tuesday, June 14, 2011

Wordless Wednesday #2

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Semua.

Untuk kali keduanya aku turut serta memeriahkan wordless wednesday ini..

Harap ramai yang dah tahu tentang wordless wednesday ini. Yang masih tak tahu boleh rujuk SINI.

Ok la..  Tanpa membuang masa.. Jom lihat entri Wordless Wednesday untuk kali ini.


p/s: lalalala

Friday, June 10, 2011

10 Negara yang Anti Blogger

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Semua.


Blogger sekarang ini umpama cendawan tumbuh selepas hujan.. Semakin hari semakin banyak blog wujud di muka bumi ini.. Hal ini juga berlaku di negara kita iaitu Malaysia.. Kewujudan blog ini ada memberi kesan positif dan juga kesan negatifnya mengikut cara penyampaian dalam sesebuah blog itu.. Dan blog juga ada yang percuma dan ada yang berbayar. hehe..


Dah la mukadimah aku tu.. hehe..


Sekarang jom kita lihat senarai negara yang anti kepada para blogger..



1. BURMA

Burma merupakan Negara yang memantau dengan ketat saluran media cetak dan juga media massa.Kini burma juga mulai menghadkan aktiviti Blog dan Internet.tekanan bagi pengguna internet peribadi sangat kuat,sehingga banyak penduduk burma mengakses internet melalui cyber cafe.kerajaan burma juga membuat peraturan yang ketat bagi cyber cafe dan saluran internet.bahkan kerajaan burma juga memantau email dan cara komunikasi lainnya dan juga menutup akses blog milik kelompok pembangkang.setidak-tidaknya ada dua blogger yang telah masuk penjara,seperti Maung Thura yang dikenali dengan nama Zarnagar.Zarnagar dipenjara kerana telah membuat video mengenai Cyclone Nargis 2008.

===============================================================
2. IRAN

Negara Iran tidak segan-segan menahan para blogger yang mengkritik mengenai agama,ahli politik,revolusi islam dan simbolnya.kerajaan juga meminta seluruh blogger mendaftarkan blog  ke kementerian seni dan budaya.kerajaan iran juga telah menutup jutaan blog dan juga membentuk suruhanjaya khusus dalam menangani masalah internet dan blogger.Blogger Omidreza Mirsayafi telah dimasukkan ke dalam penjara kerana didakwa menghina pemimpin agama.Blogger Omidreza Mirsayafi meninggal di penjara Evin pada bulan mac 2009.

===============================================================
3. SYRIA

Kerajaan Syria menapis blog yang sensitif pada politik.para blogger boleh ditahan jika terbukti membuat blog yang mengkritik kerajaan.pada tahun 2008,menteri komunikasi memerintahkan para pemilik cyber cafe untuk mencatat setiap pelanggan yang melanggan akses internet di premis masing-masing dan mengirimkan maklumat tersebut secara berkala ke kementerian komunikasi.Whaed al-Mhana,seorang blogger mengenai arkeologi telah ditahan oleh kerajaan syria kerana membuat tulisan mengenai letupan di pasar bandar tertua di damaskus.

===============================================================
4. CUBA

Di cuba hanya pejabat kerajaan dan orang-orang dari parti komunis sahaja yang boleh mengakses internet.pada umumnya,penduduk cuba menggunakan internet melalui hotel dan cyber cafe yang dikawal ketat oleh kerajaan cuba.kerajaan cuba saat ini telah menahan seramai 21 blogger.

===============================================================
5. ARAB SAUDI

Sebanyak 400 ribu blog telah ditutup oleh kerajaan arab saudi berhubung dengan masalah politik,sosial dan isu-isu agama.kerajaan dengan segera menutup blog yang mengkritik negara dan sistem perundangannya.Blogger Ahmed al-Farhan dipenjara tanpa diadili untuk beberapa bulan pada tahun 2007 dan 2008 kerana menyuarakan perubahan dan pembebasan tahanan politik.

===============================================================
6. VIETNAM

para blogger di vietnam berani menceritakan berita-berita tentang politik di blog kerana media tradisional di sana telah dikawal oleh kerajaan.namun akhirnya diketahui oleh kerajaan yang kemudian membuat peraturan khas untuk blogger.blogger terkenal Nguyen Van Hai,yang lebih dikenali Dieu Cay dijatuhi hukuman 30 bulan penjara atas tuduhan mengelak membayar cukai.dalam penyelidikan CPJ memberitahu bahawa hukuman tersebut sebagai balasan terhadap Nguyen yang berani mengkritik kerajaan vietnam.pada oktober 2008,menteri komunikasi dan maklumat telah menubuhkan pasukan khusus untuk memantau internet.

===============================================================
7. TUNISIA

Seluruh saluran internet di tapis oleh kerajaan tunisia,dan kerajaan juga memantau email milik para aktivis dan para blogger.penulis blogger Slim Boukhdhir dan Mohammed Abbou dipenjara kerana tulisannya yang mengkritik kerajaan tunisia

===============================================================
8. CHINA

hampir 300 juta orang menggunakan internet di china,melebihi negara manapun di dunia.Namun kerajaan china masih mampu mengawasi pengguna online di china.Kawalan yang ketat juga dilakukan terhadap pengguna email di china.Sekurang-kurangnya seramai 24 blogger telah dimasukkan ke penjara oleh kerajaan china.Pada tahun 2008,Pejabat kementerian yang bertanggungjawab dalam menghapus pornografi dan hak milik ilegal mengumumkan telah berhasil menutup lebih dari 2 juta blog haram di negara cina itu.

===============================================================
9. TURKMENISTAN

Presiden Gurbanguly Berdymukhammedov telah membuka negaranya kapada dunia luar dengan menyediakan saluran internet bagi penduduk di negaranya.namun cyber cafe pertama di negara tersebut pada tahun 2007 telah dijaga denga ketat 'setengah mati' oleh askar kerajaan.walaupun jaringan telekomunikasi Russia MTS,telah memasuki pasaran turkmenistan yang menawarkan akses internet melalui telepon bimbit pada jun 2008,tetap juga tidak terlepas dari pengawasan oleh kerajaan turkmenistan dalam rangka usaha menghindari wujudnya blog yang mengkritik kerajaan turkmenistan.

===============================================================
10. MESIR

Semua saluran komunikasi melalui internet di mesir dikendalikan oleh syarikat milik kerajaan Egypt Telecom.. setidak-tidaknya tercatat 100 blogger telah di tahan oleh kerajaan mesir pada tahun 2008. Blogger Karim Suleiman, yang dikenali dengan nama karim amer dipenjara selama 4 tahun kerana menghina islam dan presiden mesir Hosni Mubarak.

p/s: saya adalah blogger newbie. hehe


sumber maklumat sosial cute



Wednesday, June 8, 2011

Cara mudah menghilangkan jerawat

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Semua..


Entri ini bukannya tentang diri aku.. tetapi tentang 2 orang member aku ini.. Aku ada terbaca kat profile facebook salah seorang dari mereka.. Dimana mereka menceritakan tentang tips untuk menghilangkan jerawat bukan dara k.. Salah seorang ada masalah jerawat, dan seorang lagi mahu membantu seorang lagi dengan caranya yang tersendiri.


Mereka yang aku maksudkan adalah Jue Nara dan Mumtaz Dolah..


Tanpa melengahkan masa, jom lihat perbualan mereka berdua tentang cara menghilangkan jerawat.


sabar ye kak jue.. hahaha..


Sebenarnya ini hanyalah rekaan semata mata..


Jangan marah Kak jue dengan Mumtaz.. sekadar hiburan..


p/s: lama tak buat entri macam ini.. hehe


sumber idea di SINI..



 

Wordless Wednesday #1

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Semua.

Ini kali pertama aku join acara ini..  Bagi yang belum tahu, sila baca maksudnya di bawah ini..







Maksud Wordless Wednesday : Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa-apa description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa-apa penjelasan :)



Ini Gambar Pertama aku.. weeeeeeeeee..



p/s: senyum, tak perlu kata apa-apa..

Tuesday, June 7, 2011

Aku Menari dengan Pemain Bola Sepak di atas Bumbung Rumah sebab..

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Semua.

Sebelum aku sambung ayat entri aku itu.. lebih baik aku bagi tahu sikit sebab apa entri aku berbunyi begitu.. hehe

Sebenarnya, masa aku blogwalking tadi.. aku ada terjumpa satu entri di blog apikpehe.com di entri yang ini.. Aku pun pelik tajuk entri dia pelik semacam ja (macam tajuk entri aku ni).. jadi, aku baca la sebab tajuk entri dia macam tu..

Rupa-rupanya tajuk itu terjadi sebab  ia macam sebuah permainan.. macam permainan sambung ayat pula.. haha

Jadi, aku pun nak kongsikan dengan pembaca blog aku.. Jom la main sama-sama..

Caranya mudah sahaja.. anda semua perlu sambung ayat-ayat tersebut menjadi satu ayat yang lebih lengkap..

1-Ambil ayat dari bulan korang lahir:
January--------aku sepak
February-------aku lompat atas
March-----------aku karate
April-------------aku cium
May--------- ----aku terajang
June-------------aku peluk
July--------------aku buat sardin dengan
August-----------aku makan dengan
September------aku menari dengan
October----------aku menyanyi dengan
November-------aku jelir lidah kat
December-------aku lari keliling

2-Ambil ayat dari hari lahir korang
1------- burung hantu
2------- makluk asing
3--------public phone
4------- basikal aku
5------- lelaki salji
6------- gangster kampung
7--------mobile telefon aku
8--------hantu jepon
9--------kawan baik nenek aku
10-------kawan lembu aku
11-------cikgu lama aku
12-------kerbau ayah kawan aku
13-------ahli bomba
14-------lembu mak aku
15-------kambing ayah aku
16-------kapak mak aku
17-------lesung batu
18-------pedang aku
19------ lelaki lembut
20-------tikus adik aku
21------ ninja
22-------Chuck Norris
23-------mee kari adik aku
24-------kambing aku
25-------pemain bola sepak
26-------buaya
27-------ayam serama
28-------ipod aku
29-------kucing engkau
30-------kutu rayau
31-------hantu jepun

3-Ambil ayat dari hujung tahun korang di lahirkan
1--------- di dalam kereta aku
2 ---------di atas katil engkau
3 ---------di dalam jamban
4 ---------di bawah katil
5 ---------di atas motosikal
6 ---------di bawah jambatan
7 ---------di atas bumbung rumah
8----------masa makan atas meja
9 -------- semasa jalan2 cari kucing adik aku
0 -------- di dalam bilik tokwan

4-Ambil ayat dari color yang korang suka:
putih---------sebab aku suka macam tu
hitam--------sebab aku memang degil
Pink----------sebab aku memang terer
merah-------sebab ade suara yang bagitau aku
biru----------sebab aku seksi dan aku boleh buat
hijau---------sebab aku betul2 serius nak lakukan
Purple-------sebab ada orang suruh
kelabu-------sebab aku tak boleh control diri aku
kuning-------sebab ade orang ofer aku 10 rm
Orange------sebab aku pikir aku bijak
cokelat------sebab aku memang boleh buat
lain2---------sebab diri aku seorang ninja!

Aku Menari dengan Pemain Bola Sepak di atas Bumbung Rumah sebab..

memandangkan aku suka warna biru..

Jadi, ayat lengkapnya berbunyi begini..

Aku Menari dengan Pemain Bola Sepak di atas Bumbung Rumah sebab aku seksi dan aku boleh buat..

hahaha.. lawak betul ayat aku ini.. aku seksi sangat kot sampai ada pemain bola (pemain bola perempuan. hehe) sanggup menari dengan aku atas bumbung rumah..

UPDATE..

nak yang lebih pendek sikit..

Sila lah ke SINI..

p/s:anda try la cuba pula.. huhu

sumber ini datangnya dari blog apikpehe.com

Monday, June 6, 2011

Main dengan Kucing

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Semua..


Kucing oh kucing.. sekarang ini rumah aku, dah ada pelihara anak kucing.. hehe.. Ia masih kecil, tapi aku dengan member serumah aku tabah menjaganya.. walaupun kucing ini susah nak di jaga.. huhu.. maklum la masih kecil, nak makan pun kena suap, minum pun kena suap.. Bila kenyang, tidor.. lepas tu bangun.. nak main-main.. penat melayan juga.. haha..


Sebenarnya aku bukan nak cerita sangat pasal kucing yang aku dengan member aku jaga tu.. Kalau nak cerita pasal anak kucing tu, mau berjela jela entri ini...


Aku nak kongsikan satu game pasal kucing.. Game jaga kucing.. haha..


http://www.seenandshared.com/circle-the-cat.htm


klik link kat atas tu.. lepas tu dah boleh main..


Caranya mudah saja,..


Halang kucing tersebut jangan bagi keluar dari petak hijau cerah tu..


Senang cerita, kita kurung kucing tu.. hehe



Aku dah berjaya kurung ni.. haha..


anda try la pula..


p/s: sekadar hilangkan boring.. hehe

Friday, June 3, 2011

Blogger pula disalahkan

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Semua.


Aku masih lagi baru dalam dunia blogger ini.. tetapi dah terasang bahangnya menjadi seorang blogger ini.. Tentu semua dapat tangkap apa yang ingin aku sampaikan.. Ya.. Ianya tentang artis malaysia dan budak 14 tahun itu.


Budak 14 Tahun [untuk cerita budak 14 tahun -> rujuk SINI]




  • Pasal entri yang cerita dia pernah main tu..

  • Cerita itu dah lama, tapi baru sekarang jadi panas..

  • Dan bila ianya semakin panas, Blogger disalahkan kerana mengaibkan budak 14 tahun itu..


Bagi aku, blogger tidak bersalah dalam hal ini..


Ini salah budak itu sendiri.. dia yang buka aib diri dia sendiri pada UMUM.. blogger mahu menegur atas perbuatan dia bagi dia sedar kesilapan diri dia.. tapi dia memang jenis tak leh terima pandangan orang.. bangga bila buat salah.. rasanya dia pun dah delete entri tersebut.. mungkin tak dapat terima kutukan..




Kepada yang salahkan blogger, try salahkan TV3 pula kerana sebarkan video lucah salah seorang ahli politik negara tu. Ada berani??..




Gambit Artis Malaysia.. [untuk cerita Gambit -> Rujuk SINI]




  • Kes video klipnya yang tidak sesuai untuk semua lapisan masyarakat

  • Gambit menyalahkan blogger kerana dia anggap blogger burukkan dia.

  • Blogger disalahkan kerana video itu bagi gambit boleh ditonton oleh semua.


Pada mulanya aku malas nak masuk campur, tapi bila baca entri dari blogger-blogger lain (dah heboh juga).. betul apa yang dikatakan oleh blogger-blogger lain.. Gambit umpama menyalahkan semua blogger dalam hal dia..


Bagi aku, Dia yang bersalah dalam hal ini.. Ini bukan isu nak menjatuhkan dia.. tetapi ini teguran kepada Gambit bahawa kes ini melibatkan agama.. aku pun bukanlah perfect sangat nak tegur-tegur orang lain, tapi kalau dah nampak sangat benda tak sesuai dengan negara kita yang majoritinya umat islam seperti dia juga. Apa salahnya kita tegur.. Kalau dia ok, dia akan terima.. tapi dibalaskan pula dengan makian kepada blogger..


Ada juga yang kata 'apasal video macam tu pun nak kecoh-kecoh?. Video lain yang lebih hot macam lady gaga tak pula blogger nak kacau'...




Seperti yang aku cakapkan diatas, negara kita ini majoriti umat islam.. islam agama rasmi.. dia pun islam.. Jadi perlukah video sesuai dibuat oleh umat kita sendiri??



Jangan ikut sangat budaya barat yang tidak elok, yang baik ja kita ambil.. yang tak elok jangan ikut..


Harap dia dapat mohon maaf..


Malas nak membebel panjang-panjang.. hehe


kalau nak tahu pasal gambit lagi, pergi la ke blog dia..


Ingat dia tiada blog ka?? Jom kita tegur dia cara baik di blog dia..


http://www.gambitsaifullah.com/bio/ <-- masuk ruangan 'Sign My Guestbook'., boleh chat..


http://mygambitsaifullah.blogspot.com/ <-- ni bukan blog dia.. blog dari peminat dia kot..


kalau nak tegur lagi.. boleh ke fan pages dia


http://www.facebook.com/gambitsaifullah?sk=wall&filter=2 <-- agak sombong la gambit ni..


p/s: aku sebenarnya nak bagitau pasal blog gambit ja.. huhu


tiba-tiba teringat cerita rasukan ablasa.. lakonan Gambit..

Dayana nak tau impian saya!

Assalamulaikum dan Selamat Sejahtera Semua.

Ini adalah entri berkaitan segmen.. hehe.. jarang sungguh aku menjoinkan diri..


Nak join klik banner ini


Segmen oleh seorang blogger yang bernama dayana.. Aku pun mulanya segan nak join, bukannya apa.. aku check orang yang join.. semuanya perempuan.. tapi, sebab owner blog ini ajak cara baik dan dia juga baik.. aku pun join la.. hehe

Ok la, malas nak cerita panjang-panjang,.. kang kata aku bodek pula.. hahaha

Caranya mudah saja

isi ruangan kosong itu mengikut kreativiti kita..
" Kalaulah saya ____ , dah lama saya ____ "

Ini jawapan aku..
" Kalaulah saya ditukar jadi 'aku' , dah lama saya, ehhh aku tulis berjela jela untuk segmen ini.. hahaha.. "

hahaha.. alasan alasan..

IMPIAN ke ni? hahaha

p/s: hehe.. jangan marah tuan penganjur segmen..

Thursday, June 2, 2011

454 Page di Facebook menggunakan nama yang sama

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Semua..

454 page menggunakan nama yang sama di facebook.. dan ia mungkin akan bertambah lagi. Mungkin boleh jadi 500, 1000, 2000 nanti.. Memang femes la nama page ni..

Pages yang aku maksudkan adalah See More..
Sebenarnya aku nak kenakan member-member aku dengan page tersebut..

Contohnya kalau aku tulis panjang-panjang dekat facebook, dan apabila panjang sangat.. ia akan ada button See More..

Tapi, aku nak tulis pendek ja dan button See More tu, aku nak gantikan dengan pages See More.. (nampak macam ada sambungan la)

Kiranya, orang yang klik See More akan ke page tersebut dan bukannya akan dapat baca apa lagi sambungan yang aku tulis..

Jadi aku pun Search la See More.. Aku pun like la.. like 1 demi 1.. tamak betul aku..

last-last sampai tak terlike aku..

Aku dapat like 153 page.. gila banyak..

Lepas tu, aku ambil keputusan untuk mengira pages See More tu.. sebab ada lagi yang tak like.

Penat juga nak kira.. banyak betul..

454 buat masa ini..

panjangnya aku tulis.. padahal nak kasi tau pasal See More.. hahaha


bukan saja page, orang pun ada nama See More.. group pun ada juga.. Femes betul.

p/s: try la search, lepas tu kira.. kot ada tambahan lagi..

Wednesday, June 1, 2011

Terima Kasih Pengomen Setia di Bulan Mei 2011

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Semua.


Sudah masuk bulan Jun rupanya.. Sekejap ja masa ini berlalu..


Aku pun sampai terlewat nak buat entri untuk pengomen di blog aku ini. hahaha..


Sebulan sekali, aku akan buat satu entri khas untuk pengomen di blog aku ini.. itu lah perancangan aku, tanpa pengomen pengomen ini, mesti tak meriah blog aku ini.. haha


Sebelum ini, aku ada buat dah entri untuk pengomen di bulan april.. kiranya ini untuk bulan keduanya pula.. nampaknya bulan mei agak berkurang komen di blog aku ini.. Sebabnya aku tak banyak update untuk bulan mei, jadi sikit la komen itu.. tapi aku masih bersyukur kerana masih ada yang mengomen di blog ini..


Kedudukan carta pengomen di bulan mei 2011



 





  1. Zam (21 comments)




  2. Pencinta Wanita (17 comments)




  3. decrewz (13 comments)



  4. Mumtaz (11 comments)

  5. Jue (11 comments)

  6. Hawiz (9 comments)

  7. BroZooL (9 comments)

  8. Alan Rizque (6 comments)

  9. Sunahusna ( 6 comments)

  10. rozuan (6 comments)


Yang no 1 tu kawan forum aku, blog tiada.. rajin betul dia komen kat blog aku ni.. haha


Terima kasih semua.. terutamanya yang sentiasa komen (bulan 4 pun ada nama, bulan 5 pun ada nama) iaitu Pencinta Wanita, decrewz, mumtaz, Jue dan BroZooL.


p/s: banner tiada.. huhu