Pages

Friday, May 27, 2011

Perpustakaan Paling Canggih dan Mewah di dunia

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Semua.


Perpustakaan yang di beri nama Joe and Rika Mansueto merupakan perpustakaan yang terdapat di University of Chicago. Perpustakaan ini bagi aku merupakan perpustakaan yang paling mewah bagi aku jika dibandingkan dengan perpustakaan yang terdapat di Dunia ini.



Perpustakaan yang dibina seluas 8000 kaki persegi bukan saja seperti perpustakaan biasa. Apabila anda memasuki perpustakaan tersebut pasti anda tertanya tanya 'dimanakah bukunya?'.. Buku-buku tersebut di simpan di ruangan bawah tanah yang mempunyai keluasan dan kedalaman yang amat luas dan dalam. Ruang simpanan buku tersebut disimpan dalam rak logam dan ianya tersusun secara rapi dan teratur.



Rak penyimpanan terdapat 5 tingkat dan ianya dalam lingkungan ketinggian 50 meter. Setiap rak boleh memuatkan sehingga 100 buah buku. Dan jumlah keseluruhan buku yang dapat disimpan adalah sebanyak 3.5 juta. Terdapat lebih kurang 35 ribu judul buku di perpustakaan ini. Rak yang direka khas itu juga lebih dapat menampung lebih banyak bilangan buku jika dibandingkan dengan rak yan lain iaitu 7 kali ganda lebih banyak.



Proses pinjaman boleh dibuat secara online.  Bagi proses pinjaman dan penyimpanan,teknologi robot digunakan iaitu menggunakan sistem barcode. Jadi ianya akan lebih bersistematik dan cepat. Dimana, proses pinjaman adalah dalam masa hanya 5 minit sahaja.



Kos yang digunakan dalam pembinaan perpustakaan ini adalah sebanyak $81 juta. Dan kos tersebut juga ditanggung oleh Joe-Moningstar dan Rica-Mansueto iaitu lebih kurang $25juta. Jadi untuk mengenangkan jasa mereka, Nama Perpustakaan tersebut diberi nama Joe and Rica Mansueto Library.


httpv://www.youtube.com/watch?v=ESCxYchCaWI&feature=player_embedded#at=16


Ianya baru sahaja dibuka pada 16 Mei 2011 yang lalu.


p/s: mewahnya universiti Chicago..


sumber maklumat Universiti of Chicago

22 comments:

shahroll photo said...

NIce article! Saya harap library kat Malaysia tak macam nie pon, harap ok sikit dari yang lama.. =D

yours
SH

Ekspresi Ruang said...

mmg canggih dan hebat. mcm rak dalam gudang IKEA di sweden lak :)

SharkFiq SSM said...

wow, mmg canggih..
tp xyah r buat kt malaysia nih..
bkn ramai pn yg nk g library, buat membazir duit plak..
hehehe..
(skdr opinion)


btw, tersalah eja kat atas, Chicago, tertype chicaco~ hehehe

SiS NaD said...

SaLaM MiZi...

MeMaNG HeBaT LiB Ni... CaNGGiH... SiaP GuNa RoBoT LaGi...

cinderella celop said...

perrgghhh.. hebat2.. byk giler buku2 derang

Alan Rizque said...

Besntnya..mesti kena pergi walaupun sekali seumur hidup ni..

sunahusna said...

kalau library kt tempat belajar camni,confirm,24 jam xkua2 dari library.heeeee

akuorgkmpng said...

thanks..
library kt mlysia mmg jauh berbeza ng yg ni..
janji ada library sudah.. hehe

akuorgkmpng said...

hahaha.. bru 2 3 hari lpas p IKEA.. sesat aku..

akuorgkmpng said...

hahaha..
opinion yg boleh d terima tu..

thanks kasi tau.. trbiasa eja silap chicago tu.. trbwa bwa smpai ke besar lak.. hahaha

akuorgkmpng said...

wasalam nad,
teknologi tnggi la katakan.. mmg hebat..

akuorgkmpng said...

pelajar ramai sgt tu.. hehehe

akuorgkmpng said...

best lgi klu ada dekat ng kita.. hehe

akuorgkmpng said...

hahaha..
smpai 24 jam tu.. mmg ulat buku ni..

Ad-Dien said...

mewahnya perpustakaan ni, xba lah bangsa mereka pun rajin mambaca,..mkasih atas entri ni yer, bertambah info yg berguna..mkasih yer

World of Ad-Dien (WADi)

Ad-Dien said...

mmg besar n mewah lahh,,stail lah,tp xpelah depa ska mmbaca kan, bguslah

akuorgkmpng said...

mmbca budaya kita.. hahaha

sama2 ..

akuorgkmpng said...

bagus2.. hehe..
thanks atas komen trsebut..

2 kali komen ni.. hehe..

zik said...

mewahnya... kalau kat malaysia, tak tahu penuh ke tak??? perpustakaan negara kalau hari biasa agak lengang jugakla...tapi hari minggu boleh tahan...

Ad-Dien said...

2 kali ehh??rasa nya 3 kali...hehe..xpe...tande btol 2 bacer tu..cewahh

World of Ad-Dien (WADi)

akuorgkmpng said...

haha.. mybe lgi meriah kot..

akuorgkmpng said...

hahaha.. ni dh msuk 3 dh..

Post a Comment