Bila sebut tentang air terjun, pasti ianya hanya perkara biasa bagi kita semua.
Tapi bila sebut tentang 'Air Terjun Emas'.. Pasti ianya luar biasa.. Jarang antara kita yang tidak tahu lagi mengenai kewujudan air terjun emas ini kan..
Ok la, aku cerita serba sedikit.. Air terjun itu terdapat di pegunungan Sierra Nevada, sebelah barat Danau Tahoe, memiliki ketinggian 2.000 kaki atau sekitar 600 meter. Ianya boleh dilihat di Horsetail Falls di Yosemite National Park, California. "Air terjun emas" pada dasarnya merupakan air terjun, tetapi unik kerana mendapatkan ekspos sinar matahari senja sehingga berkilauan kuning keemasan.
Peristiwa ini cuma beberapa hari dalam setahun, biasanya di bulan Februari, sinar matahari akan menyorot air terjun, menciptakan cahaya oren bak api yang memukau.
Fenomena air terjun emas paling tepat dapat disaksikan pukul 17.30 waktu tempatan.Ketika itu, cahaya matahari senja tepat menyinari batuan di sekitar air terjun. Di situlah keajaiban alam terjadi dan ilusi alam tercipta.
Namun, hal tersebut susah disaksikan sebab memang merupakan salah satu fenomena alam yang paling jarang dapat dilihat.
Josh Anon,penduduk San Fransisco, berhasil mengabadikan fenomena "air terjun emas" itu. "Jika jumlah air cukup dan langit cukup cerah untuk mendapat cahaya matahari senja, matahari akan ada pada sudut yang tepat untuk menyinari air dan membuatnya bersinar seperti emas," katanya.
Dia mengatakan, susah untuk mendapat peluang menyaksikannya. "Ketika matahari mulai tenggelam, air bersinar sedikit dan berwarna kuning. Kemudian, secara tiba-tiba air bersinar dan tampak seperti lava," kata Josh Anon.
Yosemite National Park yang merentangi sepanjang 3000 kilometer menarik 3,5 juta pelancong tiap tahunnya.Air terjun emas adalah salah satu pesonanya.Air terjun emas boleh dicapai dengan mendaki ke arah utara Twin Bridge melalui rute 50 di Amerika.
kredit to social cute
14 comments:
wah kalau kita ada masa mizi kita pergi holiday same-same kat air terjun ni ea
cantiknya air terjun ni!
salam ziarah
jom lawat blog buaya..hre
suatu hari nnt ak nk g jgk sini..msti best
kalau aku gi ni melopong org ramai
test je ni..jgn approve
Assalamualaikum
indah sungguh ciptaan tuhan iaitu ALLAH S.W.T
hahaha.. budget kena ada la.. huhu
thanks buaya..
ah ha.. mmg cntik ciptaanNya
haha.. hng kot melopong
hehe.. buat rmbngan best ni
wasalam..
ah ha.. mmg indah.. tiada tandingannya..
ter Approve.. hehe.
Post a Comment